KENAPA KITA SUKA MENGHUKUM TANPA ILMU ?
KENAPA KITA SUKA MENGHUKUM TANPA ILMU ? | Aku rasa macam nak ulas sedikit berkaitan isu yang berlaku di dalam media sosial sejak dua tiga menjak ni walaupun aku yakin aku dah pernah tulis entri seumpanya sebelum ini tetapi aku tetap nak tulis mengenai KENAPA KITA SUKA MENGHUKUM TANPA ILMU ? . Isu yang ketara yang dapat di lihat baru-baru ini adalah isu nora danish minta pengecualian cukai terhadap barang kegunaan artis seperti make up dan sebagainya .
Kisahnya bermula apabila Nora danish mencadangkan agar artis di kecualikan cukai terhadap barang kegunaan mereka kerana barangan kegunaan seperti make up adalah benda wajib bagi mereka . Selepas kenyataan tersebut di keluarkan maka berbondong-bondong manusia menghentam Nora danish dengan pelbagai alasan . sehinggakan ada yang menggunakan perkataan tidak sepatutnya untuk menggambarkan kemarahan mereka .
Pada hakikatnya , memang mereka boleh di kecualikan cukai. baik settle pasal nora danish , aku bukan nak bincang pasal isu yang nak dibawa oleh nora danish sebaliknya aku nak bincang mengenai perangai pengguna media sosial yang mengulas tentang situasi yang berlaku .KENAPA KITA SUKA MENGHUKUM TANPA ILMU ?
Macam sebelum ini, aku juga pernah sebut sebelum menilai sesuatu kena study dulu kerana bimbang kita tersalah tafsir mengenai isu yang berlaku . Rakyat Malaysia yang menilai isu yang di keluarkan tanpa merujuk kepada ahlinya. ambil contoh isu Nora danish ni, ramai gila yang komen dan share tanpa rujuk LHDN dulu sebaliknya ramai yang menilai kerjayanya sebagai Artis berbanding nak fahamkan isu yang berlaku .
Kes yang sama berlaku kepada che ta yang di halang keluar negara . wow ! kemain orang ramai mengutuk dan mengeji mereka padahal mereka juga manusia . Adakah kita mempunyai perasaan iri hati dengan kejayaan mereka sehingga kita seronok bila melihat mereka dirundung masalah . tidak kira sesiapa pun yang dirundung masalah dan kita suka melihat orang lain di timpa masalah. sedarlah mungkin hati kita sakit . mungkin juga hati kita sudah hitam .
Aku pesan banyak kali, Rujuk dan kaji dulu sebelum hentam dalam apa jua isu yang berlegar . Sebab apa ? aku bimbang nanti kita yang malu kerana di perbodohkan oleh tindakan kita sendiri . Jangan menghukum orang tanpa ilmu sebaliknya kaji dan berhati-hati dalam memilih fakta sebelum menyebarkannya . jadilah manusia yang berakhlak dan jangan terburu-buru. itu sahaja, sembunyi sikit bodoh tu ya. buang sifat iri hati bila kita melihat kejayaan orang lain dan pada masa yang sama kita mendoakan benda buruk berlaku kepadanya. aku bimbang satu hari nanti,perkara yang sama akan berlaku kepada kita .
Sekian.
Post a Comment