Header Ads

BELAJAR BUAT BLOG !

BELAJAR BUAT BLOG ! | Baru-baru ini aku ada ceritakan dekat korang mengenai kisah 8 tahun aku dengan blog aku . aku pasti korang pun dah baca pasal tu kan . Sebenarnya buat blog bukan lah satu perkara yang sukar tetapi nak kekal dengan blog itulah perkara yang susah sebenarnya . Sebabnya , apabila kita buat blog, semangat menulis itu membuak-buak , namun kita kena hati-hati sebabnya semangat itu akan hilang sikit demi sikit apabila ada banyak gangguan terhadap tujuan asal kita berblog .


BELAJAR BUAT BLOG !



Aku bukan nak menakutkan korang untuk berblog,aku hanya berkongsikan realiti yang di alami oleh blogger di luar sana. Macam mana boleh konsisten dengan blog ? ada caranya dan ia tidak juga sentiasa ada ,kadang-kadang ke laut juga . hehe

Belajar Buat Blog .

Dalam Entri kali ini aku nak kongsikan tips mudah untuk kita semua mengenai belajar cara buat blog untuk permulaan . Sebenarnya ada beberapa faktor yang perlu anda perhatikan bila anda mula-mula menulis blog . Sebagai contoh Pageview harian , tempat kita nak post entri , pembaca yang di tuju , dan matlamat menulis blog . Kita mula satu persatu ya .

1. Pageview Harian .


Untuk peringkat permulaan , kita mungkin tidak mempunyai Pageview yang banyak . Namun harus juga untuk kita pantau kerana dari pageview ,kita dapat tahu pembaca blog kita ini suka baca apa di blog kita . Apabila kita dah tahu apa yang pembaca suka, senanglah  kita nak tulis entri lepas ini . Tak perlu risau dengan istillah " entri mati tanpa pembaca " yang pernah aku sebutkan sebelum ini .

2. Tempat post Entri .

Untuk ini, istillah yang sering di gunakan oleh blogger adalah tempat ping entri blog . Dalam bahasa mudah faham ia adalah tempat kita Share entri-entri kita . Antara medium yang menjadi kesukaan blogger adalah Facebook, Google+ ,Twitter dan Instagram . Dan kesemua tempat kesukaan ini mempunyai cara yang berbeza untuk mempromosikan entri anda .

3. Pembaca yang di tuju .

Kalau anda menulis entri di blog anda hanya sekadar suka-suka atau menjadikan blog sebagai diari kehidupan anda, mungkin pembaca yang di tuju oleh anda hanyalah peminat-peminat anda sahaja. Ia berlainan jika anda membuat blog untuk berkongsi panduan dan tips kepada orang ramai . Selain itu, jika anda menggunakan medium blog untuk perniagaan anda, sepatutnya anda mesti tahu pembaca yang anda mahu entri yang di tulis sampai kepada mereka .

Sebagai contoh , Jika anda menulis blog berkaitan jualan tudung yang anda buat. Sudah pasti pembaca blog anda mesti dari kalangan pelanggan atau bakal pelanggan anda . Begitu juga dengan topik-topik lain yang anda tulis . faham kan. kenal pembaca blog melalui pageview dan anda akan lebih mudah update blog selepas ini .

4. Matlamat menulis Blog .

Sebenarnya, point yang terakhir ini merupakan sumber kekuatan kita sebagai blogger untuk menulis dan terus menulis di blog kita. Macam yang aku sebutkan di atas, adakala semangat menulis datang mencurah-curah akan tetapi ada ketika semangat tersebut seperti berada di laut dalam . Bila dah tak ada semangat, kita kena balik-balik kepada matlamat asal kita ber blog . 

Niatkan kita berblog ini ikhlas kerana Allah. Insyaallah Semangat kita kan muncul kembali . kalau kita niat pasal duit, mungkin hati kita akan lari dari matlamat asal dan seterusnya kita akan kecewa bila tidak memperolehinya .

fuuhh. panjang lebar aku berletiaq . hehe sebagai panduan untuk blogger baru atau bakal blogger , antara kunci utama kejayaan blogger dalam dunia blogger adalah Ilmu . Mereka tidak lokek ilmu dalam memberi dan belajar ilmu . itu yang aku nampak dari rakan-rakan blogger aku . Adakala ilmu yang di kongsikan itu ratusan ringgit nilainya,akan tetapi ia di kongsikan secara percuma kepada kita.

Aku nak cadangkan satu ebook belajar buat blog yang ditulis oleh saudara anuar . Ebook lengkap ini sesuai untuk anda yang bergelar blogger . macam aku tekan kan dalam entri-entri aku sebelum ini, kalau buat blog tanpa ilmu adalah satu kerugian . jadi dapatkan ilmu belajar buat blog ini sesegera mungkin . Bagaimana caranya ? klik iklan di bawah ini .




Antara isi kandungan Ebook Belajar buat blog adalah :

  • Bab 1 : Nak buat blog tentang apa?
  • Bab 2 : Langkah-langkah buat blog dengan blogspot
  • Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
  • Bab 4 : Buat duit dengan blog
  • Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
  • Bab 6 : Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
  • Bab 7 : Rumusan dan penutup
Semoga sedikit perkongsian aku kali ini mengenai Belajar buat blog mampu memberi kekuatan kepada kita semua yang mengaku blogger sejati. hehe tapi malas tulis entri , apa nak jadi ni ? hahaha Teruskan menulis perkara baik dalam penulisan korang di blog dan sebagai penutup pegang apa yang Saidina Ali selalu berpesan 

Penulis akan mati, yang kekal adalah penulisannya .

Terima kasih keran sudi baca entri belajar buat blog ini . Kalau anda berminat untuk join contest SEO , jom sertai contest SEO seperti gambar di bawah . Klik sahaja gambar dan baca syarat penyertaannya macam selalu . Semoga bermanfaat . Sekian .





Contest ini turut di sertai oleh

calrasepatrick.blogspot.com |nonasani.blogspot.my|missobsesi.blogspot.my|sayidahnapisah.com|mommyfiqa.com |bloggerlelaki.com |ciklapunyabelog.blogspot.my|dianarashid.com|susahsenangblogger.com|at-tarmizi.blogspot.my|myideakini.com|amirkhalis.blogspot.my|sayabukancikgu.com|messarah.blogspot.my|jangan-bukak.blogspot.my| fadzirazak.com|heroborneo.com|nikkhazami.com|misztrex.blogspot.my|ummizarra.com|infopelajar2u.com|sabreehussin.com|topseofriendly.blogspot.my|ummiseri.com|saidila.com|


15 comments

mrhanafi said...

semoga bro berjaya dalam kontes ini..belajar buat blog

sabree hussin said...

Semoga tuan blog ni akan konsisten tulis blog lepas ni ye :D

Anonymous said...

Boleh tahan juga info belajar buat blog dari Tuan Kataubaid... Semoga berjaya dalam pertandingan ni. Apapun singgah blogwalking :)

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Thanks for sharing ... nice info

hiburan sabah said...

Semoga berjaya.

Mohon tunjuk ajar blogger baru seperti saya ;-) . Salam perkenalan...

amerjaya said...

semoga berjaya bro.. jiayo

TopSeoFriendly said...

Bukan senang nak kekal jadi blogger jika jika jiwa tak kental.

Jika nak naik kembali semangat berbelog bolehlah Belajar Buat Blog daripada Tuan Muhamad Anuar Marsib.

Semoga berjaya bro...

Cik Bayan said...

Saya setuju, nak kekal meomentum berblog tu yg payah.. teruskan berblg!

JebengOtai™ said...

semoga berjaya..hehe

sensasi2020 said...

Ramai blog sekarang h3bat dengan penulisannya.

Semoga berjaya bro...

Unknown said...

penulisan artikel sangat menarik dan berkesan untuk menarik pembaca.

Semoga berjaya dalam contest SEO Belajar Buat Blog ye...

Hasrul Hassan said...

Belajar buat blog untuk berikan mnfaat dan dapatkan manfaat. :)

Kekanda Hawa said...

selamat maju jaya... saya dtg sini singgah baca dr giveaway yg sama.. goodluck

mrhanafi said...

pageview blog saya masih perlahan dan belum mencanak lagi...

masih dalam proses belajar

EHS said...

Page view masih ciput. kena belajar banyak benda lagi dalam duna bloging ni

Powered by Blogger.