BELAJAR BUAT BLOG !
Aku bukan nak menakutkan korang untuk berblog,aku hanya berkongsikan realiti yang di alami oleh blogger di luar sana. Macam mana boleh konsisten dengan blog ? ada caranya dan ia tidak juga sentiasa ada ,kadang-kadang ke laut juga . hehe
Belajar Buat Blog .
Dalam Entri kali ini aku nak kongsikan tips mudah untuk kita semua mengenai belajar cara buat blog untuk permulaan . Sebenarnya ada beberapa faktor yang perlu anda perhatikan bila anda mula-mula menulis blog . Sebagai contoh Pageview harian , tempat kita nak post entri , pembaca yang di tuju , dan matlamat menulis blog . Kita mula satu persatu ya .
1. Pageview Harian .
Untuk peringkat permulaan , kita mungkin tidak mempunyai Pageview yang banyak . Namun harus juga untuk kita pantau kerana dari pageview ,kita dapat tahu pembaca blog kita ini suka baca apa di blog kita . Apabila kita dah tahu apa yang pembaca suka, senanglah kita nak tulis entri lepas ini . Tak perlu risau dengan istillah " entri mati tanpa pembaca " yang pernah aku sebutkan sebelum ini .
2. Tempat post Entri .
Untuk ini, istillah yang sering di gunakan oleh blogger adalah tempat ping entri blog . Dalam bahasa mudah faham ia adalah tempat kita Share entri-entri kita . Antara medium yang menjadi kesukaan blogger adalah Facebook, Google+ ,Twitter dan Instagram . Dan kesemua tempat kesukaan ini mempunyai cara yang berbeza untuk mempromosikan entri anda .
3. Pembaca yang di tuju .
Kalau anda menulis entri di blog anda hanya sekadar suka-suka atau menjadikan blog sebagai diari kehidupan anda, mungkin pembaca yang di tuju oleh anda hanyalah peminat-peminat anda sahaja. Ia berlainan jika anda membuat blog untuk berkongsi panduan dan tips kepada orang ramai . Selain itu, jika anda menggunakan medium blog untuk perniagaan anda, sepatutnya anda mesti tahu pembaca yang anda mahu entri yang di tulis sampai kepada mereka .
Sebagai contoh , Jika anda menulis blog berkaitan jualan tudung yang anda buat. Sudah pasti pembaca blog anda mesti dari kalangan pelanggan atau bakal pelanggan anda . Begitu juga dengan topik-topik lain yang anda tulis . faham kan. kenal pembaca blog melalui pageview dan anda akan lebih mudah update blog selepas ini .
4. Matlamat menulis Blog .
Sebenarnya, point yang terakhir ini merupakan sumber kekuatan kita sebagai blogger untuk menulis dan terus menulis di blog kita. Macam yang aku sebutkan di atas, adakala semangat menulis datang mencurah-curah akan tetapi ada ketika semangat tersebut seperti berada di laut dalam . Bila dah tak ada semangat, kita kena balik-balik kepada matlamat asal kita ber blog .
Niatkan kita berblog ini ikhlas kerana Allah. Insyaallah Semangat kita kan muncul kembali . kalau kita niat pasal duit, mungkin hati kita akan lari dari matlamat asal dan seterusnya kita akan kecewa bila tidak memperolehinya .
fuuhh. panjang lebar aku berletiaq . hehe sebagai panduan untuk blogger baru atau bakal blogger , antara kunci utama kejayaan blogger dalam dunia blogger adalah Ilmu . Mereka tidak lokek ilmu dalam memberi dan belajar ilmu . itu yang aku nampak dari rakan-rakan blogger aku . Adakala ilmu yang di kongsikan itu ratusan ringgit nilainya,akan tetapi ia di kongsikan secara percuma kepada kita.
Aku nak cadangkan satu ebook belajar buat blog yang ditulis oleh saudara anuar . Ebook lengkap ini sesuai untuk anda yang bergelar blogger . macam aku tekan kan dalam entri-entri aku sebelum ini, kalau buat blog tanpa ilmu adalah satu kerugian . jadi dapatkan ilmu belajar buat blog ini sesegera mungkin . Bagaimana caranya ? klik iklan di bawah ini .
Antara isi kandungan Ebook Belajar buat blog adalah :
- Bab 1 : Nak buat blog tentang apa?
- Bab 2 : Langkah-langkah buat blog dengan blogspot
- Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog
- Bab 4 : Buat duit dengan blog
- Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
- Bab 6 : Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
- Bab 7 : Rumusan dan penutup
Penulis akan mati, yang kekal adalah penulisannya .
Post a Comment