Header Ads

5 Detik Anda Patut Pilih Untuk Menyewa Dan Elakkan Membeli !

5 Detik Anda Patut Pilih Untuk Menyewa Dan Elakkan Membeli !

Jika anda telah dengar hujah mengapa memiliki hartanah lebih baik daripada menyewa, dan jika bukti sokongan untuk hujah tersebut tampak menyakinkan, itu adalah kerana bagi sesetengah orang, memiliki rumah memang pilihan yang munasabah.  Bagaimanapun, jika anda fikirkan semula betapa ramainya penyewa saban tahun, adalah munasabah untuk menyewa dalam beberapa situasi, begitulah yang dikatakan oleh Forbes. Walaupun anda mahu membeli, anda patut tunggu dan menyewa sehingalah masa buruk berlalu.

Pendapatan Anda Meningkat

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit Dengan menyimpan lebih untuk pendahuluan rumah yang lebih besar dan memastikan anda sukakan kerjaya anda sekarang, peluang anda untuk memiliki rumah tidak akan jauh dari capaian anda.  Sementara itu, anda bolehlah mencari dan menetap di house for rent in Kuching seperti yang diiklankan di PropertyGuru Malaysia dan anda masih boleh menabung sambil menikmati kehidupan berkualiti.  Mungkin anda tidak sukakan peranan baru anda, tetapi jika anda terus membeli rumah dalam keadaan anda sekarang, anda mungkin terperangkap dengan kadar bayaran gadai janji yang tinggi dan tanpa sebarang fleksibiliti.  

Faktor Pasaran Jangka Pendek

Jika anda sedar tentang potensi turun naik yang perlu dihadapi oleh pasaran kewangan pada bila-bila masa, anda juga perlu pertimbangkan kemungkinan ia mempengaruhi pasaran hartanah. Di satu sudut , anda mungkin akan berdepan dengan kos perumahan yang tinggi, sedangkan ia hanya indikator yang kurang tepat mengenai kekuatan pasaran. Bilamana harga meningkat naik, ramai yang akan membeli kerana takut terlepas peluang keemasan. Masalahnya, jika anda membeli barangan yang dipengaruhi inflasi, anda sebenarnya meletakkan diri dalam sebuah gelembung buih yang boleh meletup bila-bila masa. Lain pula dengan pembelian hartanah, tetapi jika ada sebarang perubahan ekonomi berlaku di masa hadapan, ia mungkin memberi kesan kepada pasaran hartanah dan anda mungkin memiliki hartanah dengan nilai terbaik atau sebaliknya.

Peningkatan Mendadak Kadar Faedah

Jika anda membeli rumah, anda perlu tahu kadar faedah terkini, sebelumnya, dan jangkaan kadar faedah di masa hadapan. Di satu sudut anda perlu tahu akan tindakan segera yang perlu diambil sekiranya kadar faedah meningkat. Di satu sudut lain pula, anda perlu tahu sama ada kadar faedah akan turun supaya anda boleh membeli pada harga yang lebih rendah. Walaupun perbezaan yang anda lihat cuma 1 peratus (atau kurang), cuba bayangkan anda jimat 1 peratus dari harga asal yang mencecah nilai 6 angka, dan cuba darabkan dengan tiga puluh tahun berikutnya. Perbezaan beberapa peratus mampu meningkatkan kadar simpanan dan penjimatan anda.

Bermusim

Pemasaan pasaran adalah penting untuk diperhatikan mengikut Redfin.com. Di sudut lain, ada pembeli rumah yang menunggu musim tertentu tamat sebelum membeli, seperti awal musim bunag atau minggu pertama musim panas. Itulah masanya kebanyakan hartanah akan memasuki pasaran. Bagaimanapun, jika anda bersabar untuk beberapa bulan, anda akan lihat kejatuhan harga yang jelas  untuk hartanah yang masih tinggal dan hartanah yang  ingin dijual dengan kadar segera. Jika anda tunggu pula, anda mungkin terlepas rumah impian anda. Apapun, jika difikirkan semula, kemungkinan penurunan harga sebanyak 10 peratus mungkin akan menjimatkan beberapa tahun dari hidup anda melangsaikan gadai janji anda. Tunggu sekurangnya enam minggu untuk simpanan yang optimum.

Bila Sesebuah Rumah Itu Dijual

Selidik dahulu sejarah rumah tersebut. Adakah rumah itu dibeli hanya untuk dijual semula? Jika ya, anda perlu memastikan rumah yang anda ingin beli itu  benar-benar berkualiti dan bukan sekadar satu lubuk duit untuk pemilik terdahulu. Perbezaannya mungkin kelihatan agak kecil, tetapi adalah penting untuk anda tahu apa yang anda ingin beli. Lagipun, jika ini adalah sebuah rumah, sebarang haus dan lusuh patut berada dalam jangkaan anda dan anda tahu apa yang anda buat terutama dalam memastikan ia pelaburan yang baik. Bagaimanapun, jika anda membeli rumah yang dijual semula, anda mungkin membeli unit hartanah dengan kadar harga inflasi sedangkan ia hanya indah khabar dari rupa. Jangan lupa yang sesebuah rumah mesti ada masalah, dan jika seseorang itu membeli untuk menjualnya semula, biasanya mereka membeli rumah yang banyak masalah dengan harga murah.  Adakah anda percaya yang penjual itu benar-benar telah menyelesaikan masalah rumah tersebut?

Seperti yang anda lihat, inilah antara sebab anda perlu tangguhkan pembelian hartanah anda. Ini tidak bermakna anda perlu elakkan daripada membeli, ini cuma bermaksud yang anda perlu bijak dan sedar yang kadang-kala hartanah boleh jadi pelaburan yang merugikan. Ingat kenapa anda turut serta melabur dalam hartanah dan membeli sesebuah hartanah itu perlu masa yang tepat. Hanya selepas itulah baru anda betul-betul boleh mula membeli. 

Sekian .

No comments

Powered by Blogger.