5 KELEBIHAN HARI JUMAAT UNTUK UMMAT ISLAM !
Setiap hari diharapakan adalah hari jumaat. keberkatannya dan kesenangan yang kita lalui dalam hari jumaat membuatkan kita rasa istimewa berada di hari jumaat . Tidak lupa juga hari jumaat sinonim dengan hari cuti bagi sesetengah tempat di dalam negara kita .
Bila sembang pasal hari jumaat, ramai yang tanya , apa kelebihan hari jumaat ini ? selalu orang atau ustaz mahupun ustazah selalu cakap hari jumaat ini adalah penghulu segala hari . jadi kita nak tau jugalah apa kelebihan hari jumaat untuk kita .
5 KELEBIHAN HARI JUMAAT UNTUK UMMAT ISLAM !
1. Penghulu segala Hari .
Ada hadis yang di riwayatkan dari Abu Hurairah di mana , Baginda Rasulullah pernah bersabda " Jumaat di namakan sebagai Saiyidul ayyam iaitu penghulu segala hari( sebaik-baik hari ) " .
dari sini kita sedar yang hari jumaat merupakan hari kebaikkan.
2. Hari Raya selain dari Hari Raya Aidilfitri dan aidiladha .
Pernah juga aku mendengar ceramah mengenai hari jumaat ini . Ia juga di kenali sebagai Hari raya . sebab itu , kita di sunnatkan berpakaian putih ketika pergi solat jumaat seperti yang di lakukan oleh rasullullah .
3. Perhimpunana Mingguan .
Hari jumaat juga merupakan perhimpunan bulanan Ummat Islam di seluruh dunia. Medium mimbar di gunakan untuk menyampaikan maklumat kepada jemaah mengenai isu-isu ummat islam yang berlaku sepanjang minggu tersebebut .
tapi dekat malaysia jarang khatib sentuh isu-isu semasa kan .
4. 2 Waktu Mustajab doa
Hari jumaat juga di kategorikan sebagai hari di mana doa kita di makbulkan . ada dua waktu mustajab doa pada hari jumaat. pertama adalah ketika khatib berehat sebentar sebelum menyambung khutbah jumaat .
yang kedua adalah pada waktu asar . gunakanlah kelebihan hari jumaat untuk mendoakan kebaikkan kepada sanak saudara kita .
5. Hari Qiamat berlaku pada hari jumaat.
Hadis nabi ada menyebut yang hari jumaat merupakan hari berlakunya kiamat . Baginda rasulullah bersabda " “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Sebenarnya banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada dengan hari jumaat. sebelum ini pun aku pernah tulis dalam beberapa entri aku mengenai hari jumaat. yang penting dan orang selalu ingat adalah hari jumaat merupakan hari mustajabnya doa kita.
Perbanyakkan doa insyaallah doa kita akan di makbulkan oleh Allah . Aku harap entri berkaitan kelebihan hari jumaat ini memberi manfaat kepada kita semua. seelok-eloknya ,kita sebarkan kepada rakan-rakan lain . insyaallah pahala sebar kebaikan sentiasa ada.
Sekian .
sumber hadis : https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/11/29/15-keutamaan-dan-keistimewaan-hari-jumaat/
Post a Comment