REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ORANG - CARILAH REZEKI IKUT PANDUANNYA !
Sebagai contoh , korang gaji hujung bulan kan . pernah tak terfikir kenapa korang tak dapat rezeki lain contohnya duit tambahan ketika gaji . maksudnya mungkin korang buat dropship tetapi rezeki hujung buln tak masuk sekali dengan gaji tetap korang .
aku tak tau , korang alami macam aku atau tidak . tetapi pengalaman aku selalu macam tu . Jadi aku pun terfikir satu benda , Allah tahu waktu bila dia nak bagi kita rezeki . betul tak ?
REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ORANG
Kadang-kadang , kita tak ada duit tetapi masa itulah ada duit atau rezeki yang masuk kepada kita . berbanding ketika kita ada duit yang banyak . Sebabnya rezeki merupakan anugerah allah kepada kita . Kita hanya perlu usaha sahaja dan selebihnya serah kan kepada Allah .
Ada pula, ketikanya kita rezeki datang tanpa di sangka . ada kala kita menunggu rezeki tapi tidak berkunjung tiba .
Sabarlah wahai hati,
Allah tahu bila DIA nak kurniakan rezeki kepada kita .
Banyakkan berdoa, kerana doa itu senjata orang beriman . Doa merupakan hubungan direct kita dengan Allah . Allah mendengar doa kita tanpa ada perantaraan. semoga rezeki kita juga bertambah selepas ini .
Mungkin Allah tahan rezeki kita kerana kita tidak cukup kuat untuk menerimanya. Mungkin juga kita akan riak, sombong dan lain-lain jika kita mempunyai harta yang banyak. Mungkin juga kita akan melupai Allah .
Kita kena banyak bersangka baik dengan Allah, kalau tidak sampai bila pun kita tak akan bersyukur .
Kesimpulannya ,
Ramai di antara kita mempersoalkan kenapa rezeki tidak memilih mereka. tetapi mereka tak tanya diri sendiri sama ada mereka betul-betul layak menerimanya atau tidak . Teruskan usaha, dan pastinya rezeki itu akan bertambah dengan izin Allah .
Sekian .
Post a Comment