TULIS BLOG KENA ADA MINAT ! KALAU TAK MINAT , NANTI CEPAT PUTUS ASA !
ada pun yang tak ada dalam list tu sebab depa tak komen Link blog depa dekat statu aku tahun lepas la tu . haha jangan lah sentap lak kan .
TULIS BLOG KENA ADA MINAT !
Dalam keramaian blogger sekarang ni , aku mungkin nak kongsikan mengenai TULIS BLOG KENA ADA MINAT . sebab apa, aku tak nak ramai yang putus asa di kemudian hari nanti. Kalau tak minat tak boleh ke ? Boleh ja, tapi selama mana korang boleh bertahan buat sesuatu yang korang tak minat ? itu yang menjadi persoalannya.
Tak kan buat blog , lepas tu berhenti ? Macam aku pernah buat dulu . RUGI - RUGI WEH !
Blog ni sebenarnya aset untuk orang yang faham !
Aku asingkan sekarang ni antara buat blog sebab suka-suka dengan kerjaya sebagai blogger. Kalau korang buat blog secara suka-suka . isi masa lapang korang tu , aku yakin korang tak AKAN TERKESAN dengan entri aku ni.
Sebabnya , korang memang dah ada minat untuk menulis blog tetapi satu ja korang tak ada. iaitu Minat untuk Jana pendapatan dengan blog .
Yang jadi masalah sekarang ni , buat blog secara paksa sebab nak dapat duit dari blog . Mana minatnya ? Bukan tak boleh, boleh jer macam aku cakap dekat atas tu . berapa lama korang boleh bertahan ?
Kalau mula dengan terpaksa, pastikan anda sabar menantikan hasil dari blog. Sebab ia makan masa yang PANJANG untuk dapatkan hasil . Blogger-blogger terkenal pun makan masa nak build depa punya blog dan dapatkan pembaca masing-masing. kita yang baru mula ni dah penat letih, padahal baru buat sikit ja .
Sebab itu , aku cakap minat itu penting .
Macam Orang perempuan !
depa Suka makan, sebab depa minat nak makan. kalau tak minat pasti depa tak makan . betul tak ?
Jadi minat dan suka mesti kena ada .
Kisah aku !
Aku buat blog awai-awai dulu sebab suka-suka , tapi aku tak tau apa yang nak tulis . lepas tu suka-suka jadi terpaksa dan kemudiannya hilang minat sebab tak dapat apa-apa dari blog. Kemudian , aku terikut dengan blogger terkenal dapat jana pendapatan dari blog. aku pun konon-kononnya macam Ultraman dapat kuasa semula lepas lampu merah kelip-kelip .
FIRE ! |
Aku kembali untuk kali ketiga , dengan azam dan tekad yang kuat ! Aku nak jadi sasuke dalam naruto. hahaha tak da lah . aku niat, nak improve kehidupan aku sambil-sambil tu boleh lah kongsikan pengetahuan kita di blog.
Aku buang jauh-jauh perkataan nak suruh orang baca dari kamus oxford versi kataubaid aku . Aku pegang perkataan ni untuk aku kuat menulis sampai sekarang . Perkataan apa ?
" kerja aku hanya TULIS sahaja , Allah yang akan gerakkan hati orang untuk klik dan baca Blog aku " .
Lepas tu, baru hati aku tenang, dan mula ada rasa suka untuk menulis . Mula datang minat dan SAYANG KUASA 7 boboboy dengan blog aku ni .
Korang nampak tak, 3 kali aku putus asa dengan blog aku ni . aku tau blog aku tak fames macam blogger terkenal lain . tapi cukuplah awak terkenal di hati saya sudah lah.. cia cia cia .. hahaha cukuplah blog aku ni, aku tahu tahap mana dia boleh pergi , jauh mana dia boleh pergi dan kekuatannya hanya aku yang tahu .
Di sebabkan Sayang aku masih berada di sini . Di sebabkan minat, aku masih di sini .
Kesimpulan .
Rajin benar hangpa melangut baca entri aku ni . sampai ke kesimpulan hangpa stay naa. aku harap satu ja lepas membebel pada hari ahad yang sungguh indah, dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa yang di keluarkan oleh kipas angin dalam bilik ni , aku harap kita semua akan sentiasa ada semangat nak menulis blog . kalau tak semangat, takut jadi macam aku ja.
Sebab blog ni banyak manfaat setelah aku mula faham selok belok blog ni . cumanya aku tak mau cerita lah kali ni sebab korang dah masuk kesimpulan kan . haha gunakan blog sebaiknya untuk saham di dunia dan di akhirat .
aku mohon maaflah sebab membebel panjang. hahaha lama tak berletiaq kan . semoga blog korang berjaya menjadi seperti blog-blog yang berjaya di luar sana Insyaallah. Ingat pesan aku , TULIS BLOG KENA ADA MINAT !
Sekian .
Post a Comment