Header Ads

AMALAN MALAM NISFU SYABAN ! JOM PERBANYAKAN AMALAN MOGA DI BERKATI !

AMALAN MALAM NISFU SYABAN ! | Insyaallah malam nisfu Sya'ban akan berlangsung pada malam jumaat 24 MEI 2024. Jadi berpusu-pusu lah ahli ibadah yang ikhlas kepada Allah menggunakan segala peluang yang ada ini untuk bermunajat kepada Allah dan memohon keampunan daripadaNya.


Ia kerana dalam malam nisfu Sya'ban banyak kelebihannya. Ramai umat Islam belum tahu mengenai amalan-amalan yang boleh di lakukan pada malam tersebut. 


Bahkan ramai juga yang sengaja mengabaikannya. Jadi kami kongsikan dengan anda mengenai perkara yang anda kena buat pada malam yang penuh dengan keberkatan ini.


AMALAN MALAM NISFU SYABAN
Perkongsian JAKIM mengenai amalan- amalan nisfu syaban




AMALAN MALAM NISFU SYABAN !

Berikut merupakan antara amalan malam nisfu sya'ban yang boleh di amalkan.

 1. Berdoa .
2. Baca Al-quran
3. Zikir
4. Solat tahajud
dan lain-lain.

adapun amalan pada nisfu syaban pula , kita di galakkan berpuasa pada hari tersebut iaitu pada 24 Feb 2024

APA MAKSUD NISFU SYABAN ?


Ramai yang tanya mengenai maksud nisfu syaban ni. jom kita belajar sikit mengenai bahasa arab. Nisfu bermaksud setengah . Sya'ban adalah bulan sya'ban . jadi nisfu sya'ban pula bermaksud Pertengahan atau setengah dari bulan Sya'ban .

Jadi fahamlah kita yang Nisfu Sya'ban ini merupakan hari ke 15 dalam bulan Sya'ban. Ia di sebabkan oleh dalam bulan sya'ban ada 30 hari. bila kita bahagi dua , dapatlah 15. hehe belajar matematik pula kita ni . hehe

DOA MALAM NISFU SYABAN .


Ada beberapa doa yang boleh di amalkan. berikut merupakan doa malam Nisfu Sya'ban .

doa nisfu Sya'ban
Doa Nisfu Sya'ban


Sungguh , perbanyakkanlah amalan di malam nisfu sya'ban ini kerana ganjarannya juga banyak untuk kita perolehi .

Antara kata-kata imam syafie mengenai 5 malam yang mustajab doa. Salah satu daripadanya adalah malam nisfu Sya'ban . Jadi , nak ka kita bazirkan malam nisfu sya'ban dengan tidak berdoa ? fikirkanlah mengenainya.

Artikel tambahan : Hukum berpuasa selepas 15 Sya'ban !

Kesimpulan.


Manusia,

kau tak hebat mana pun. satu ketika kau pasti kembali kepada Allah. sama ada dengan persiapan yang padu dan jitu atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Fikirkanlah kalau kita nak sombong dengan tuhan , ada kah ia berbaloi ?

Sudah pasti tidak. berubahlah sikit demi sikit, moga ia di terima sebagai amal kebaikan. Semoga amalan malam nisfu syaban yang di kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua. Silakan untuk Share entri ini.

Sekian.




1 comment

raihanah said...

thanks info ni

Powered by Blogger.