Header Ads

Cara Mudah untuk Khatam Al-Quran dalam Bulan Puasa

Memasuki bulan puasa ini pasti ramai yang nak khatamkan al-quran yang di baca kan. tapi ramai yang masih kurang tahu mengenai cara mudah nak khatam al-quran ini. jadi sebagai untuk membantu korang, aku boleh cadangkan satu cara supaya korang boleh khatam al-quran dalam bulan puasa ini.

Cara Mudah untuk Khatam Al-Quran dalam Bulan Puasa


Kita ikut panduan gambar di bawah ini . Pertamanya korang tengok di bahagian kiri gambar ada perkataan " Bil Khatam " . di sini ada petua untuk korang khatam  sekali , dua kali atau tiga kali sepanjang bulan ramadhan ini.


Cara Mudah untuk Khatam Al-Quran dalam Bulan Puasa
Cara Mudah untuk Khatam Al-Quran dalam Bulan Puasa
*gambar sumber facebook


Kalau korang nak khatam sekali dalam bulan puasa ni, korang kena baca 4 muka surat selepas atau sebelum waktu solat. Maksudnya setiap waktu solt korang kena habiskan 4 halaman atau muka surat atau helaian al-quran . Ia bergantung tahap pembacaan korang, kalau korang boleh baca laju dan sempurna maka 10 minit akan cukup untuk setiap waktu .

Kalau korang nak khatam al-quran sebanyak 2 kali dalam bulan puasa, maka korang kena tingkatkan bilangan helaian yang korang baca di setiap waktu solat kepada 8 helai . Kira-kira 20 minit selesai untuk setiap waktu solat.

Kalau korang lagi power , korang boleh habiskan 3 kali khatam al-quran dengan membaca 12 helai alquran ketika waktu solat dan ia mengambil masa dalam 30 minit untuk habiskan 12 helai tersebut.

1 juzuk ada 20 helai .

maksudnya kalau korang nak habiskan sekali dalam bulan ramdhan , korang kena habis 1 juzuk sehari, kalau dua kali khatam , korang kena habiskan 2 juzuk sehari dan kalau 3 kali khatam maksudnya korang kena habiskan 3 juzuk sehari .

Mudah ja kan .

Aku harap sangat Cara Mudah untuk Khatam Al-Quran dalam Bulan Puasa ini membantu korang untuk mengkhatamkan al-quran di bulan mulia ini . Sungguh dalam bulan mulia ini di turunkan al-quran yang mulia.

jangan tinggal al-quran tau.

Selamat mencuba

Sekian .

1 comment

Lisa Nurulain said...

thanks for info.. hehe insyaallah..semoga boleh khatam bulan ni

Powered by Blogger.