Header Ads

Tempat Menarik Di Pulau Langkawi Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga

Pulau Langkawi sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh malaysia. Tempat yang menarik di Pulau Langkawi yang pelbagai menjadikan ia sebagai tempat yang wajib di lawati. Bulan 10 tahun 2016, aku dan keluarga aku pergi berjalan-jalan ke Pulau Langkawi.

Ada rezeki lebih jadi kami ambil peluang untuk menerokai tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi. Memandangkan kami pergi berkeluarga jadi tempat yang aku kongsikan ini memang sesuai untuk aktiviti keluarga.

Tempat Menarik Di Pulau Langkawi
Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi Yang sesuai untuk aktiviti Keluarga 


1. Pulau Dayang Bunting.

Pulau dayang bunting atau lebih dikenali dengan aktiviti island hoping ini merupakan antara aktiviti wajib bagi pelancong yang datang ke pulau langkawi. Pengalaman ke 3 buah pulau ini sememangnya pengalaman yang berbeza dan sukar untuk di gambarkan.

Memang syiookk !

Baca: Pengalaman Island Hoping Di Pulau Dayang Bunting.

2. Underwater World

Akuarium ini dari aku kecik sampai lah sekarang ni memang tak pernah berubah. hehe sentiasa menjadi tempat tumpuan terutamanya untuk ibu bapa yang bawa anak kecil . tapi yang dewasa pun boleh ja join .

baca : Underwaterworld Langkawi

3. Cable Car

Orang kata tempat cable car ni tempat wajib untuk singgah sebab benda ni memang rare dan tak da di tempat lain. cumanya kena hadap orang ramai jelah. kena tunggu dua jam lepas kita beli tiket baru boleh naik dan sebagainya.

Baca: Harga tiket cable car

4. Pantai Chenang

Banana Boat, parachute dan lain-lain merupakan antara aktiviti yang menarik boleh di lakukan di sini. Pantainya yang luas menjadikan kita lebih seronok untuk duduk bersama ahli keluarga sambil menikmati keindahan laut dan angin sepoi-sepoi bahasa.

5. Pantai Rhu

Salah satu pantai yang menjadi tumpuan, tetapi tak ramai yang tahu sebab tak ada apa di sini cumanya ada pantai sahaja.

6. Haji Ismail Group.

Hantu Coklat ! ini tempat korang . hahaha

7. Dataran Helang

Selalunya di sini orang akan ambil gambar helang besar tu sebagai kenangan. kalau korang datang dengan feri, memang dekat gila dengan jeti kuah tu. kalau naik flight tu jauh sikitlah dalam 30 minit macam tu.

p/s : Sorry lah aku kongsikan gambar sikit ja. haha sebab gambar berat gila. selebihnya korang tengok dekat link pautan yang aku kongsikan tu yer.


Setiap tempat menarik yang aku kongsikan ini memang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya sewaktu cuti sekolah . Jadi kalau korang plan nak pi sana, pastikan korang pilih waktu yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan di tempat terbabit.

Terutamanya di Cable Car.

Semoga entri tempat menarik di Pulau Langkawi ini membantu korang mencari tempat yang sesuai untuk bercuti di Pulau Langkawi . Serius, pulau ni memang cantik dan sesuai untuk menenangkan fikiran kita dan keluarga kita.

Sekian.

No comments

Powered by Blogger.