Header Ads

Jangan Cemburu Dengan Rezeki Orang Lain

Assalamualaikum, alhamdulillah dah sampai juga hari jumaat kan. ramai yang suka hari jumaat sebabnya hari ini adalah antara hari yang paling tenang dan tak serabut bagi kita. kalau nak di bandingkan dengan hari yang lain kan. Rezeki kita memang berbeza. Ada yang kaya dan ada juga yang belum kaya.

Satu sifat yang tak elok bila melihat rezeki orang lain adalah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Benda ni selalu berlaku dekat kita, bila tengok orang lain dapat satu benda baru, kita pun sibuklah tengok dalam akaun bank ada tak duit lebih untuk menandingi benda baru yang orang lain ada tu.

tak penat ke ?


rezeki
Jangan Cemburu Dengan Rezeki Orang Lain


aku ni jenis yang cepat penat bila aku rasa nak lebih dari orang. aku akan stress bila diri ini rasa nak lebih dari orang . Sedangkan kita ada rezeki kita yang cukup untuk kita . betul tak ? mengapa berbelanja lebih ? hahaha macam iklan trivago lak.

Sebab tu kita kena didik hati kita supaya jangan cemburu dengan rezeki orang lain. kalau tidak kita akan merana nanti. Berdoalah agar kita peroleh rezeki yang banyak sebab nak buat kebaikan. sebab nak bayar zakat dan sebagainya.

Jangan niat nak tandingi rezeki orang lain. Pasti korang kecewa.

Bila kita cemburu dengan rezeki orang lain, kita akan mula membenci orang itu bila kita tak mampu nak tandingi rezeki dia. nampak tak , kemudian akan jadi apa ? bergaduh dan tak bertegur sapa. Lepas tu mula lah nak jatuhkan orang ni dan sekian-sekian.

Bayangkan kalau kita tak cemburu, hidup kita tak stress , kawan kita makin ramai dan kita boleh hidup aman damai tanpa pergaduhan. sebab itu lah pentingnya untuk jaga hati dari sifat cemburu dengan harta orang lain.

jiran
Jangan Cemburu Dengan Rezeki Orang Lain


kalau nak sangat murah rezeki, korang baca Rahsia Rezeki ni . Mana tau rezeki korang boleh bertambah .

Akhir sekali, jangan cemburu dengan rezeki orang , kelak nanti orang lain akan benci dengan kita. ingatlah tak berbaloi nak cemburu dengan rezeki orang lain kerana kita hidup ni sementara sahaja. benda tu hanya permainan nak kaburkan mata kita. 

hiduplah dengan aman damai. insyaallah kita bahagia.


Sekian .

2 comments

Lyana Ishak said...

Hehe .. Hakak pon kadang2 ada jugak perasaan mcm tu .. Setan semua nie huhu ..

Izyan Balqis said...

dulu pernah rasa cemburu, tapi yela, sampai bila nak cemburu dengan orang lain, lain orang lain dugaannya, lagi orang lain usahanya...masing2 punya rezeki...ada sebab kena dia lebih kita kurang, kena muhasabah diri selalu

Powered by Blogger.