Header Ads

Jenis Penulisan di Media Sosial yang anda kena tahu

Jenis Penulisan di Media Sosial yang anda kena tahu
Jenis Penulisan di Media Sosial yang anda kena tahu 

Media sosial sebuah medium yang penuh dengan ujian. Bermula dari penulisan dan juga isi setiap info yang ada dalam media sosial perlu di tapi dahulu sebelum di sebarkan. Ada juga penulis di media sosial cuba bermain dengan emosi pembaca, ada yang cuba menimbulkan permusuhan dan pelbagai lagi bentuk penulisan yang boleh di kategorikan sama ada ia baik ataupun buruk.

Kita kena hati- hati dalam setiap posting di media sosial. Sebab tu kalau kita perasan ada yang terasa hati bila terbaca komen, posting dan sebagainya. tak salah nak luahkan apa yang kita rasa, tapi gunakanlah jalan dan cara yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

baca juga : Apa yang ada pada sebuah penulisan

Jenis Penulisan di Media Sosial yang anda kena tahu


Ada banyak jenis penulisan di media sosial, kita mulakan dengan penulisan status atau apa-apa jenis penulisan di media sosial milik korang termasuk juga di blog dan sebagainya. Kita kena tahu supaya kita dapat sesuaikan apa yang nak kita tulis mengikut masa yang betul.

Posting Pendapat.

Lazimnya, kita akan tulis posting pendapat di media sosial untuk berkongsi rasa hati kita.betul tak ? selalu juga, kita buat posting dengan penuh emosi sehinggakan bila kita baca pun, rasa apa yang penulis tu rasa. Ini memang hebat.

Cumanya kena berhati-hati .

Posting dalam keadaan marah, akan menyebabkan pembaca akan rasa benci dengan orang yang dimaksudkan dalam penulisan kita. sebagai contoh, kita marah dengan si A, maka orang yang baca akan turut sama rasa marah dan kebencian itu terus merebak selagi ada orang yang baca.

Sebab itu, kita kena berjaga-jaga, takut nanti ada yang terlebih rasa.

Baca juga : Bagaimana Menjadi Seorang Blogger

Yang kedua adalah post komen pendapat tapi sinis. dalam bahasa mudahnya adalah kecaman. haa ramai buat benda ni dengan alasan nak tunjukkan kebenaran padahal cara korang tu salah. ada cara yang lebih baik dari bergaduh dengan kecaman tu.

bila orang yang di kecam ajak berdebat dan sebagainya, boleh pulak korang hide akaun. nampak sangat pengecut. ramai kecam,lepas tu tak mau mengaku salah. ish - ish . kurangkanlah penulisan yang berbentuk macam ni. guna saluran betul. kalau tak mau benda buruk berlaku dekat korang, guna cara yang betul. kalau tidak , free- free ja kena saman.
Jenis Penulisan di Media Sosial yang anda kena tahu
Jenis Penulisan di Media Sosial yang anda kena tahu 


Agak-agak panjang tak aku tulis ni. hehe

Korang bila nak buat penulisan atau nak komen apa-apa di media sosial, pastikan yang pertama jaga akhlak dan adab. jangan rasa diri tu betul sehingga membelakangan adab. Orang melayu sekarang ni dah hilang adab , apa yang depa rasa , terus ja depa buat. fuhh susah macam ni. sebab itu kalau korang perasan di media sosial ni penuh dengan kebencian.

Tak banyak benda positif yang orang nak ambil port. sedarlah dan belajar lah jaga adab ya.

Bayangkan masa depan lepas ni macam mana. ya , korang dah nampak makin ramai yang akan tak ada adab lepas ni. pastikan yang korang tak masuk dalam golongan tu ya.


No comments

Powered by Blogger.