Header Ads

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah (Awal Muharram/ Hijriah). Assalamualaikum , korang tahu kan yang esok merupakan cuti awal muharram. menandakan tahun baru hijrah akan bermula, jadi kita di sarankan untuk berdoa awal tahun dan akhir tahun hijrah. Korang tahu ke nak baca doa awal tahun macam mana? doa akhir tahun tahu tak ?

Kalau korang tak tahu, meh sini kita ulang kaji balik benda yang kita dah pernah belajar dahulu. pastikan kali ini kita betul-betul ingat tau doa awal tahun dan akhir tahun hijrah . kalau tidak rugi jer hafal banyak kali. hehe

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah


Bagi yang pernah baca doa awal tahun yang aku kongsikan tahun lepas, korang mesti dah tahukan macam mana nak baca kan. Cumanya aku tak kongsikan doa akhir tahun. untuk kali ini, aku nak kongsikan doa tersebut .

Doa Akhir Tahun

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah



Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah


Cara baca Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah

Doa akhir tahun di baca selepas solat asar. manakala doa awal tahun dibaca selepas solat mahrib.

Doa dibaca bagi menyambut kedatangan tahun baru. untuk pengetahuan korang, 1 Muharram bukan tarikh Hijrah nabi ke kota Madinah. jadi ia bukan sambutan kerana nabi berhijrah sebaliknya hanya sambutan tahun baru.

Amalan lain di bulan Muharram yang kita kena pulun adalah puasa hari asyura. rebut dan pastikan kita berpuasa pada hari berkenaan.

Kelebihan Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah

Bila berkait dengan amal dan doa, pasti ada kelebihan tersendiri yang menjadi kekuatan dalam sesuatu amalan. macam kita baca doa awal tahun dan juga kita baca doa akhir tahun. pasti ada kelebihan nya tersendiri.bagi aku kelebihannya antaranya adalah

1. Kita memohon agar Allah mengampunkan kita setahun yang baru berlalu dan dipermudahkan urusan kita pada tahun baru.

2. Insyaallah dengan berdoa yang baik dapat tenangkan hati kita.

3. Mengharapkan Allah ampun kan dosa dan dimakbulkan doa kita.

sebagai hamba, kita kena serahkan 100% pengharapan kita kepada Allah. jangan mengharap pada makhluk kerana makhluk akan binasa. banyakkan berdoa agar tahun baru hijirah kita ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Akhir sekali, ramai yang lupa pasal tarikh tahun baru hijrah dan awal muharram . yang kita ingat hanyalah hari cuti umum sahaja. jom sebarkan dengan rakan-rakan lain . semoga amal baik kita menyebarkan Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah ini diberkati dan diredha oleh Allah.



No comments

Powered by Blogger.