Header Ads

Puasa Hari Asyura 10 Muharram

Assalamualaikum, Sedar tak sedar kita dah masuk pada bulan muharram. korang tahu dalam bulan ini ada satu puasa sunnat yang di anjurkan iaitu puasa sunnat hari Asyura iaitu puasa pada hari ke 10 bulan muharram. Ramai tak sedar mengenai perkara ini. oleh sebab tulah, aku kongsikan balik dengan korang agar kita sama-sama rebut peluang untuk berpuasa pada 10 muharram nanti.

Mungkin ada yang akan tanya, bila tarikh HARI ASYURA untuk tahun 2017 ? ada yang keliru jadi, untuk pengetahuan semua, hari asyura tahun 2017 akan jatuh pada hari Ahad, 1 Oktober 2017. Aik , bukan ke 30 september ?

Puasa Hari Asyura 10 Muharram
Puasa Hari Asyura 10 Muharram


Puasa Hari Asyura 10 Muharram


Kalau korang ingat, kalendar hijrah ada perubahan. untuk kalendar yang lama, awal muharram adalah 21 september 2017, Jakim dah buat pindaan mengenai perkara tersebut dan kita menyambut awal muharram pada 22 september 2017 yang lalu. kalau kita kira berdasarkan tarikh baru, 10 muharram akan jatuh pada hari ahad seperti tarikh yang aku bagi tahu dekat atas tu.

Jadi bagi yang nak berpuasa, boleh lah berpuasa pada hari ahad. Kita juga di galakkan untuk mengampit atau pairkan hari asyura dengan hari tasu'a iaitu hari 9 muharram.

Sebab kenapa kena pairkan puasa hari Asyura dengan Tasu'a ?

kerana untuk mengelakkan kita beribadah seperti orang yahudi yang hanya berpuasa pada 10 muharram sahaja. jadi boleh puasa 9 dan 10 muharram. untuk tahun 2017, puasa hari asyura iaitu hari ahad di apit dengan hari tasu'a iaitu hari sabtu. kiranya kita puasa hujung minggu lah minggu ini.

Cara Niat Puasa Hari Asyura


Tak sabar nak puasa kan. jom kita belajar niat untuk puasa hari asyura ni untuk memudahkan kita berniat pada hari berkenaan.

Niat Puasa asyura bahasa melayu .

" Sahaja aku berpuasa sunnat pada hari asyura kerana Allah ta'ala "

Niat puasa Tasu'a bahasa melayu .

" Sahaja aku berpuasa sunnat pada hari tasu'a pada kerana Allah Ta'ala "

Niat elok-elok supaya puasa kita pada hari tersebut di berkati oleh Allah Insyaallah .

Kelebihan Puasa Hari Asyura 


Banyak di sebut dalam hadith rasulullah mengenai kelebihan puasa hari asyura ini. Antara kelebihannya adalah

  •  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
  • Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas)
  • Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

Penutup

Walaupun hanya puasa sunnat, tapi puasa ini amat di galakkan seperti mana yangi disebutkan dalam hadis di atas. jadi rebutlah peluang selagi kita mampu untuk berpuasa pada hari asyura iaitu pada 10 muharram ini sebagai lambang pengabdian diri kita pada Allah. Kita pun dah lama tak puasa kan, jadi sekali sekala kita bagi badan kita rehat sikit dari makanan, kita pun dapat pahala puasa sunnat ni kan. Sila SEBARKAN kepada yang lain.


No comments

Powered by Blogger.