Header Ads

Pemandangan Indah Di Pulau Kapas, Terengganu

Pemandangan Indah Di Pulau Kapas, Terengganu. Dalam banyak-banyak tempat menarik di Terengganu, aku paling puas hati bila sampai dekat Pulau Kapas ni. Fuhh bagi Thumbs Up bertubi-tubi ni. Hehe sebab apa aku cakap macam tu ? apa yang best dekat pulau kapas ni sebenarnya ? sabar, aku akan jawab satu persatu dalam entri ini.

Hari ketiga , aku di terengganu haritu singgah ke Pulau Kapas. Mulanya aku memang tak mau pi,tapi dah adik beradik aku nak pi. aku pun follow jerlah. aku ni jenis phobia dengan laut. hahaha duduk penang tapi takut laut. haha mohon pindah duduk tempat lain.

Pemandangan Indah Di Pulau Kapas, Terengganu
Pemandangan Indah Di Pulau Kapas, Terengganu 

Pemandangan Indah Di Pulau Kapas, Terengganu 


Pagi tu bersiap-siap dari Hotel TH Terengganu, kami menuju ke Marang. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Korang boleh jer naik bot dari Kuala Terengganu ke Pulau Kapas. Dikatakan perjalanannya mengambil masa yang agak lama.

Tetapi kalau dari jeti marang, perjalanan ambil masa dalam 10 ke 15 minit untuk ke Pulau Kapas. Jadi sebab takut naik bot, aku amik yang masa dia tu kejap jer. hahaha nampak tak permainan aku. tapi sekejap tu pun Ombak laut tu lagi tinggi dari bot tau. sabar nanti aku cerita part tu.

BELI TIKET KE PULAU KAPAS.

Aku rasa mesti korang tertanya-tanya, macam mana nak sewa bot ke Pulau Kapas tu kan. mudah jer kalau korang nak ke sana melalui jeti marang. di situ ada di sediakan tempat beli tiket bot untuk ke sana. aku tak ingat harga dia berapa. hahaha maaf ya.

ingat-ingat lupa ni harga dia Rm 10 seorang rasaya atau RM 25. haha korang sediakanlah duit banyak-banyak sikit tau. hehe

**nanti aku update semula untuk harga dia ya.

Kami naik bot dari Jeti Marang lebih kurang jam 10.30 cam tu. Time tak panas sangat. kira just nice lah nak jalan-jalan sambil berjemur tu kan. Kami naik bot yang agak besar, tapi bot yang lama jugalah. sekali pandang boleh dikatakan , " betulke bot ni boleh sampai ke Pulau Kapas ? " haha masa first time aku tengok bot tu.

Tapi Alhamdulillah aku masih hidup. lalala

Bila bot mula belayar, keluar dari jeti tu, mula dah nampak macam laut bergelora sangat. Ombak pula tinggi-tinggi gila weh. serius. Aku naik bot tu, boleh nampak ombak tu lebih tinggi dari bot. masa tu memang dalam hati dok mengucap siap-siap dah. memandangkan aku lelaki, muka still kena macho.

malu jer kalau awek ganu tengok. haha tapi dalam hati, mengucap tu berapa ribu kali tak tau. rasa time tu , kalau mati, boleh masuk syurga dah. hahaha Lepas bot tu sampai ke tengah sikit, ombak dah makin berkurang dan stabil sikitlah. sampai-sampai dekat tepi pulau tu, rasa lega yang amat.

tiba-tiba terfikir, nanti nak balik kena naik bot jugak kan. tiba-tiba ja jadi tak best. haha di sebabkan oleh pemandangan Pulau Kapas ini cantik gila, aku lupakan ketakutan aku seketika.

AKTIVITI DI PULAU KAPAS

Baik, untuk aktiviti banyak yang boleh korang buat. antaranya adalah Snorkeling, mandi manda berehat, berkayak dan macam-macam lagi. Dekat sini pun ada tempat jual makanan juga , ada hotel atau homestay kalau korang nak tinggal di sini lah.

Harga untuk ativiti tu , korang kena deal dengan peniaga di sana lah yer. aku tak buat snorkeling tu jadi, kami sewa life jacket dan google *yg pakai dekat mata tu .lepas tu mandi di tepi pantai jerlah. aku tak mandi. lalala

kerja aku ambil gambaq ja. Fobia aku tak hilang lagi. hahaha semua sebab Tsunami 2004 dulu lah. seriau terus nak mandi laut.

Lepas mandi, kami pun balik lah dalam pukul 1 macam tu. kira-kira sampai balik di Marang masa azan zohor.  Lepas mandi, mesti lapaq kan. jadi kami pi pekena makanan laut dekat area situ juga. sebab masing-masing dah penat sehinggakan nampak orang pun rasa nak telan ja. hahaha

Lepas makan, kami balik hotel balik. itu jer perjalanan kami ke Pulau Kapas, Terenganu. Aku harap korang terhiburlah dengan perjalanan #travelogkataubaid yang ini tau. part yang takut laut tu kan, jangan cerita dekat orang tau. hahaha kita-kita jer tau.

GAMBAR SEKITAR DI PULAU KAPAS,TERENGGANU


Pulau Kapas, Terengganu
Pulau Kapas, Terengganu 

Pulau Kapas, Terengganu
Pulau Kapas, Terengganu 

Pulau Kapas, Terengganu
Pulau Kapas, Terengganu 

Pulau Kapas, Terengganu
Pulau Kapas, Terengganu 

Lawa weh Pulau Kapas ni. lagi lawa dari Pulau Beras Basah di Langkawi. tak percaya , korang kena mai sendiri tau. yang penakut laut macam aku, hangpa mai pakai perachute. hahaha melawak jer na.

Terima kasih sebab sudi membaca. Jumpa lagi.

1 comment

Izyan Balqis said...

pulau kapas ni banyak obor2 kan? xpernah pergi pulau kapas walaupun IQ org ganuu. hehe

Powered by Blogger.