Header Ads

CARA DAFTAR MENGUNDI DI PEJABAT POS

Selepas beberapa peringatan di media sosial, akhirnya aku tekad untuk mendaftar mengundi hari ini di pejabat pos berdekatan .Sebelum aku pergi ke pejabat pos, aku terfikir, betul ke nak daftar undi dekat pejabat pos kena bawa I.C je ? Akhirnya aku pun pergi dan segala urusan selesai dalam masa beberapa minit sahaja. dan Oh ya, betul weh, bawa ic jer .


CARA DAFTAR UNDI DI PEJABAT POS !
Gambar Worldtravelserver.com

CARA DAFTAR UNDI DI PEJABAT POS !

aku terbayang masa pertama kali pergi mendaftar undi ni, aku ingat susah gila, rupanya senang je. kalau tak ramai orang, mesti laju ja proses daftar ni. aku pun dah tau dekat mana aku nak mengundi nanti. hehe mudah sangat. korang ikut cara di bawah ni jer kay.

1. pergi pejabat pos,
2, Ambil no giliran
3. bila dipanggil,pergi ke kaunter dan cakap " nak daftar undi "
4. korang di minta bagi ic .
5. tandatangan dokumen yang di berikan.
6. ambil salinan dokumen terbabit.
7. selesai urusan.
8. balik lah tunggu apa lagi, orang lain punya giliran lak. hahaha

Mudah sahaja DAFTAR UNDI DI PEJABAT POS . Sebenarnya ada satu lagi cara untuk daftar mengundi iaitu di Pejabat SPR . Satu lagi persoalan betul ke Pilihan Raya akan berlangsung pada Bulan Mac 2017 ?

Jawapannya adalah belum tentu lagi sebabnya DS Najib tak buat pengumuman apa-apa lagi mengenai pilihan raya,cumanya berdasarkan rekod-rekod Pilihan raya sebelum ini, kelihatan seperti Mac 2017 adalah tarikhnya tetapi sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi .

Jadi kenapa perlu daftar undi sebelum 30 september ? . Untuk pengetahuan korang, kalau betul Pilihan raya pada bulan mac, rekod yang di ambil kira dan di benarkan mengundi akan di ambil setakat bulan september sahaja, kalau korang daftar selepas bulan september, kemungkinan besar , korang tak dapat mengundi di PRU nanti . sekarang korang dah fahamkan. Jom pergi daftar buat kawan-kawan batch 93,94 dan 95 . Kita nak malaysia yang lebih baik, jadi kita kena mengundi.

Maklumat tambahan untuk korang , mesti ramai yang nak buat semakan daftar mengundi kan atau pun korang nak tahu lokasi mengundi korang.di sebabkan sekarang ni boleh buat semakan secara online sahaja, korang ikut sahaja panduan semak daftar mengundi yang aku dah tulis sebelum ini . kalau tak faham, boleh tanya di ruangan komen ya.

Sekian.


1 comment

Anonymous said...

bellissimo post

Powered by Blogger.