Header Ads

Dunia Blog Yang Turun dan Naik

Assalamualaikum korang, sihat ke tu. hehe terima kasih sebab baca dan komen entri " #Mycybersale2017: Hirup Udara Segar dengan Medklinn " . kalau belum baca , sudikanlah singgah ke entri tu ya. Dalam dunia blog ni kan, ada masa kita seronok berblog sebab trafik mencanak naik atau mungkin sebab kita ada followers tersendiri.

Ada masa Allah uji  dengan jatuhnya trafik blog yang mendadak sehingga kita sendiri terduduk sambil fikir apa salah kita. macam mana nak buat comeback balik lepas tu. sebenarnya itu hanya sedikit ujian Allah untuk kita kembali ingat kepada-Nya.

Dunia Blog Yang Turun dan Naik
Dunia Blog Yang Turun dan Naik

Syukur bila Allah uji dengan demikian rupa.

sekurang-kurangnya kita masih ingat siapa pemberi rezeki pada kita.

Dunia Blog Yang Turun dan Naik


Dulu blog aku banyak gila trafik, tahun ni agak merudum banyak berbanding tahun 2016. benda ni banyak buatkan aku fikir nak berhenti berblog atau tidak. serius kadang-kadang rasa macam tu. aku cerita dekat sini sebabnya adalah aku tau yang baca ni pun blogger kan. korang pun pernah rasa macam aku.

kalau aku sembang dengan orang yang bukan blogger, mesti diorang akan cakap " alaah blog tu ada apa ja " . aku dah kena banyak kali macam ni. tapi tak pa, aku akan bangkit balik lepas ni.

aku nak bagitau realiti dunia blogger yang sebenarnya. tahun 2015 jumlah blogger tak seramai sekarang ni. aku boleh kira ja. blog di google pun tak semeriah sekarang. tambah-tambah sekarang ni google ada adsene. makin ramailah mengaku blogger sebab nak jana pendapatan dengan adsense.

bila makin banyak blog, makin kuat persaingan.

blogger yang kental akan kekal.

ada ja blogger otai yang berhenti jadi blogger mungkin ada jawapan mereka tersendiri.tapi kalau blogger baru mula pun dah rasa nak berhenti. alasannya adalah kerana trafik sikit. tak bawa pulangan. ya, benda ni selalu berlaku. tapi kalau korang asyik bina blog tanpa bina jenama korang sendiri, maka tak mustahil benda yang sama akan berlaku dekat korang.

aku pun tak pandai bina jenama ni. hehehe korang tanyalah otai-otai ya .

Realitinya , buat blog bukan semudah istillah " aku blogger " atau  I am Blogger. Pelbagai aspek yang kena di titik beratkan dalam blog. fikirlah dulu sebelum buat keputusan nak jadi blogger. kalau sekadar suka-suka, silakan. tak ada masalah .

Akhir kata, duduk dalam dunia blogger ni kena bersedia untuk naik dan bersedia untuk turun. bila turun , pastikan korang tak berhenti. sebab blog ni makin lama, value dia makin tinggi. jangan mudah-mudah pi delete blog. kalau tak mampu update pun, biarkan jer. mungkin satu hari nanti korang akan perlukan dia.

Image result for motivation

Teruskan berblog, pengalaman kita dalam dunia ini membuatkan kita faham bagaimana ia bergerak. setakat jatuh sikit ni, bangun dan redah jer . hahaha jangan sedih-sedih . banyak perkara menanti di hadapan kita. senyum dan terus berlari .

p/s : entri ni suka-suka jer tau. jangan terasa ya. ini cerita tentang aku .

6 comments

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

pv blog pun sentiasa naik dan turun , yang penting usaha

Hani Rahman said...

Hai ler Ubai oiii ... Jangan ler merajuk ... Kuatkan semangat, niat dalam diri buat semua2 tu kerana Allah ... Rezeki tu nanti datang sendiri ... Jangan stress ... Chill ... Jom tengok drama ... Hahaha ... Tak membantu langsung nasihat makcik nih kan ...

Ubai Ismail said...

setuju :)

Ubai Ismail said...

hahaha jom tgk drama. tapi tk mau drama titian cinta. lagi stress nanti. hahah

TheHaikal said...

Same je..blog saya pun ada turun naiknye..bile trafik turun naik..pendapatan blog pun akan turun naik :-)

At-Tarmizi said...

teruskan berblogging bos =)

Powered by Blogger.