Header Ads

Kenapa Allah Rahsiakan Jodoh Kita

Assalamualaikum korang, sihat ke tu ? hari ni kita sembang sikit pasal rahsiakan jodoh. sebenarnya aku terdengar sedutan ceramah ustaz ahmad dusuki dekat astro baru ni. itu yang aku rasa nak kongsikan dengan korang tu tapi aku sendiri pun tak jumpa jodoh lagi ni. haha sekadar nak berkongsi apa yang aku dengar jer lah kan. hehehe

Rahsiakan jodoh ini merupakan satu anugerah dan rahmat kepada kita sebenarnya. kenapa allah rahsiakan jodoh kita? sebab apa aku cakap macam tu ? sabar tau, nanti aku terangkan di bawah ini. Sebelum tu , aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca entri " macam mana nak tahu crush itu jodoh kita? " yang aku pernah tulis. ramai dah yang baca tu . korang yang belum baca, sila lah baca dan komen sekali tau.

Kenapa Allah Rahsiakan Jodoh Kita
Allah Rahsiakan Jodoh Kita 

Kenapa Allah Rahsiakan Jodoh Kita ? 


persoalan yang ramai tertanya-tanya. kenapa jodoh ni satu rahsia ? sebenarnya ia merupakan satu nikmat kepada insan yang bergelar hamba. kita orang islam perlu sentiasa rasa yang kita ini adalah seorang hamba kepada Allah.

Ustaz Dasuki berkata : hikmah rahsia jodoh adalah untuk kita membulatkan pengharapan kita hanya kepada allah.

Bila sesuatu perkara yang kita tak tau dan kita nak tau pasal benda tu, maka kita akan terus berdoa secara direct kepada allah agar kita tahu siapa jodoh kita. Hakikat inilah yang sebenarnya kenapa jodoh kita di rahsiakan. ia bertujuan untuk meningkatkan keimanan dan pengharapan kita kepada Allah.

Allah nak kita berharap hanya kepada dia sahaja. jadi banyak-banyaklah berdoa untuk jodoh yang terbaik.

bila kita tak tahu siapa jodoh kita, kita akan serah bulat-bulat kepada Allah kerana DIA sahajalah yang tahu mengenai siapa jodoh kita. jadi sebab itulah kita kena jaga hubungan dengan Allah, bukan semata-mata kerana jodoh sahaja tetapi dalam semua aspek kehidupan .

ada orang tanya apa tanda jodoh makin dekat. aku tak pasti macam mana sebabnya aku belum kawin. hehe korang tanya orang yang dah kawin lah yer.tapi kalau nasihat ustaz-ustaz, ramai yang suruh buat solat istikharah kerana istikharah pemudah cara untuk membuat keputusan. mungkin lepas itu, kita dapat tanda yang si dia itulah jodoh kita dari Allah. mana tau kan.

Kenapa Allah Rahsiakan Jodoh Kita
awak dekat mana?

kadang-kadang jodoh ni tak kenal sesiapa, ada ramai yang kawin bukan dengan orang dia minat tetapi dengan orang yang dia rapat. perasan tak benda ni. jadi kita kenalah banyak berdoa supaya di permudahkan urusan kita untuk bertemu dengan jodoh kita. sambil-sambil tu, cuba tengok jiran-jiran kita yang single lagi ataupun kawan baik kita yang single . mungkin mereka adalah jodoh kita. kita sendiri tak tau kan.

akhir sekali, jodoh itu rahsia dari Allah. hikmahnya adalah untuk membuatkan kita bergantung harap hanya kepada Allah. sebagai makhluknya , letaklah 100 % pengharapan hanya kepada Allah, moga-moga jodoh yang soleh dan solehah menjadi milik kita. amiin. doakan aku juga yer.


No comments

Powered by Blogger.