Header Ads

2017 : Perjalanan Sukar Untuk Blog Kataubaid

Assalamualaikum, korang sihat ke ?
aku harap korang sihat lah yer. hehe
korang komen dekat bawah eh nanti.

sedar tak sedar dah masuk jumaat yang terakhir tahun 2017. lagi beberapa hari nak masuk tahun 2018.
umur kita pun makin hari makin meningkat. kita tak akan selamanya muda. betul tak?


Blog Kataubaid

Bagaimana tahun 2017 Kataubaid ?


aku boleh simpulkan dengan satu perkataan - SUKAR !
tahun ni agak mencabar bagi aku dalam menguruskan blog kataubaid.com ni .

tapi dalam kesukaran tu ada kemanisan juga.

aku tak cerita pasal life aku tau. hehehe
itu personal life, malas nak cerita.

kita sembang-sembang pasal blog jer hari ni ya.

tahun 2017, aku diuji dengan kejatuhan blog ni dari bulan Januari sampailah bulan Oktober 2017.

Aku tulis entri,
entri tak masuk google.

aku tulis entri,
ranking asyik jatuh ja.

aku banyak fokus google , sebabnya adsense SUKA trafik dari google.
macam-macam aku buat.

Blog Kataubaid

tukar template tu tak yah cakaplah, dah berapa kali aku tukar.
hehehe

terbaru ni aku pakai template yang didesign oleh Maisarah Sidi.
aku boleh puji template ni sebab dah mengembalikan trafik aku.

alhamdulillah.

aku banyak baca pasal SEO 2017 .
banyak gila !!!

sampai aku malas nak update entri.
hahaha

baca, kemudian stress.
lepas tu tido !

cam na nak siap entri kan.. hehe

satu jalah kalau bab SEO ni kena SABAR,
sebab hasil dia memang tak dapat on the spot.

kau kena monitor by minggu dan bulan.
nanti kau akan nampak yang mana yang sangkut dan tak sangkut.

aku tak pandai bab SEO ni. jangan tanya aku ya. hehehe

ada orang tak kisah pun entri naik google atau tidak.
aku bukan blogger terkenal,
aku hanya harapkan trafik dari keyword sahaja.

dari sini aku harap orang kenal blog aku.

Selesai SEO aku cuba, tapi tak jalan juga.
apa dah jadi dengan blog aku ni ?

baca juga pasal Google penalti.
dah kena dah ke ?

ada orang cakap, bila dah kena penalti memang ranking jatuh.
ingat sekejap jer, lepas tu okay lah kan.

tak juga naiknya.
akhir sekali aku nekad terus tulis entri dan lakukan beberapa ciri teknikal di blog ni.
alhamdulillah, trafik dah okay.

tak banyak, tapi ada.
tak lah jatuh bawah seratus sehari kan. hehe

Sebab tu, aku cakap tahun 2017 ni tahun SUKAR untuk aku.
tapi kalau nak bandingkan dengan 2016, tahun 2016 lebih SUKAR berbanding tahun ni. hehehe

dari segi income blog pun 2017 lebih banyak berbanding 2016.
tak lah sampai boleh beli kereta bagai tu.

cukuplah nak bayar yuran study ni.
tu pun alhamdulillah dah . hehe

itulah secara ringkas kehidupan blog kataubaid.com untuk tahun 2017.
tahun 2018 agak-agaknya macam mana lah kan. hehehe

korang pulak , macam mana blog korang bergerak tahun 2017.
ada perubahan?
atau masih sama ?
jom kongsikan dekat bawah. aku nak baca. hehe

kalau ada blogger yang aku belum follow, korang tinggalkan lah link blog korang. nanti aku singgah follow balik.

semoga tahun 2018 menjadi lebih baik dari 2017. Insyaallah..

6 comments

Warisan Petani said...

Mudah2an tahun 2018 nanti, blog kataubaid lebih menyinar.

Etuza said...

Asalam ..blog saya pun mengurusnya banyak sekali kesukaran hingga kini..
pengalaman yang menarik ni

Etuza said...

Apapun teruskan usaha blogging

Bonde Zaidalifah said...

Blog Bonde pon sama 2017 ni memang agak sukar dan mencabar... sakit hati kadang-kadang... Alhamdulillah Kataubaid banyak bantu Blog Bonde... sekarang ni ada masalah berat dan lambat loading.. ada kawan-kawan bagi tahu tgh cari sulotion nak baiki

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

perjalanan blog CCL 2016 memang sangat merundum , update entri pun tak banyak , alhamdulillah 2017 kembali naik , harap- harap ada pekembangan lagi pada tahun 2018

Cik Min said...

Moga tahun 2018 akan lebih baik. Hehe jgn lupa singgah bebelancikmin.com

Powered by Blogger.