Header Ads

Bila Hati " Terasa " Dengan Teguran Orang ....

terasa hati



Pernah tak korang tiba-tiba terasa dengan teguran orang ? Orang tegur sesuatu pasal kita dan kita terasa hati a.k.a sentap. mesti korang pernah alami benda ni kan. aku pun pernah alami benda ni. kadang-kadang aku pun meroyan juga sebab tak terkawal perasaan ni. hahaha kalau aku berjaya kawal,, aku akan buat tak tau ja.

sebenarnya teguran orang ni ada pelbagai tafsiran.

aku nak kongsikan dengan korang 2 atau 3 tafsiran mengenai sebuah teguran tu.

baca juga : Jangan cemburu dengan rezeki orang

pertamanya teguran yang berbentuk nasihat.

orang nampak kita buat salah, kemudian diorang tegur kita.
kalau kita terima macam ni,
baik kita semak diri kita.

mungkin benda yang selalu kita rasa okay pada diri kita tapi bagi orang ia tak elok dan boleh menimbulkan fitnah. jadi terima teguran sebegini dengan baik ya.

yang kedua, teguran tanpa punca.

tiba-tiba kita ditegur tanpa sebab.
sedangkan benda yang kita lakukan tersebut tidaklah salah dan tidak mendatangkan fitnah.

terasa hati

tiba-tiba datang tegur,
ehh muka kau tak hensem lah.

sudah-sudahlah tu buat sekian sekian .

sedangkan tidak menggangu orang lain.

teguran tersebut mungkin berniat nak jatuhkan kita.
jadi kena selalu berhati-hati.

Aku terasa bila orang tegur aku .
Apa yang aku buat semua tak kena dan mesti salah.

sebenarnya teguran merupakan signal dari Allah kepada kita.
kadang-kadang kita main buat jer,
sebab orang tak cakap apa.

kita betul orang tak kata,
kita salah pun orang tak kata apa.

jadi bila kita terasa hati tu tandanya kita tersedar sesuatu.
mungkin kita ada buat salah.
mungkin juga sebagai peringatan kepada kita.

jangan terlalu emosi bila ditegur,
kerana mungkin sesuatu yang baik akan menanti kita nanti.

jangan terlalu negatif bila menerima teguran tau.
orang negatif sila main jauh-jauh .

hehehe

aku pun kadang-kadang risau ,
sebab bila kita dapat teguran jer,
mesti rasa nak marah orang yang tegur kita tu kan.

banyakkan tekan brek.
BREK ?

brek kereta tu. hehe
tapi brek dalam kehidupan kita.

maksudnya, kita berhenti dan fikir sebelum menggunakan emosi untuk menguruskan kehidupan kita.
akhir sekali, jangan terasa hati dengan orang yang menegur kita,tapi berterima kasihlah kerana masih ada yang sayang dan prihatin bila kita buat sesuatu.

sekian .

2 comments

Etuza said...

Asalamualaikum..baca ni artikal teringat baru petang hari ini Etuza di kritik..terasa hati ..entahlah kadang ada orang main lepas cakap saja tanpa fikir orng yg ditegurv tu ada hati dan perasaan

Fatin Shahrizam said...

Yes betul je. Rasa nak marahh je. Tapi kalau betul betul salah xmarah sgt laa.

Powered by Blogger.