Header Ads

Pengalaman Pertama Kali Naik Gunung Jerai Kedah dan Perkara Yang Menarik di Sini

Pengalaman Pertama Kali Naik Gunung Jerai Kedah

Assalamualaikum korang !! hari ni aku nak cerita pengalaman aku naik gunung jerai di Kedah dan apa yang menarik yang ada di sini. sebenarnya aku tak plan pun nak naik gunung tu, tapi disebabkan bapa aku semangat nak naik, jadi kami pun ikut jer lah. hehe aku tau, gunung jerai ni penuh dengan misteri dan mistik. jadi masa nak naik tu pun dah rasa lain macam dah. mungkin perasaan aku jer kot.

Pengalaman Pertama Kali Naik Gunung Jerai Kedah dan Perkara Yang Menarik di Sini


Perjalanan dari kaki bukit ni mengambil masa 30 minit.
memang lama, bayangkan jalan bengkang bengkok hanya ada satu jalan untuk pergi dan jalan untuk turun.

fuhh memang mencabar gila , terutamanya bila kereta berselisih. fuhhh

korang tahu tak, dekat atas tu ada REGENCY HOTEL tau. kalau korang berpeluang nak menginap dekat sana, korang cuba lah tengok dan survey harga dia tau.

tapi dari segi pengalaman aku haritu, memang puas hati lah kalau korang dapat menginap dekat sini.
cuaca dia lebih sejuk dari Cameron Highland dengan Fraser Hill.

sebabnya, tempat ni tak ada pembangunan pun lebih nampak semula jadi macam tu.

persoalan kedua adalah apa yang menarik di gunung jerai ni?

Ada dua bahagian di tempat ni.

Belah kiri

> Telaga Tok Sheikh
> Padang Tok Sheikh
> Batu Kapal
> Trek Jejak Warisan

Belah Kanan

> The Regency Hotel
> Trek Tangga Kenari
> Trek Taman Rimba

Pengalaman Pertama Kali Naik Gunung Jerai Kedah

*gambar atas ni sumber - www.penang-traveltips.com

Nasib aku kurang baik !

masa aku dok jalan dekat dalam regency hotel tu, tiba-tiba hujan . jadi rasa macam tak ada apa yang boleh buat, jadi kami pun terus balik. dengan niat, nak datang sini balik nanti. hehe

.. aku sempat pergi jalan sekitar hotel jer.
telaga tok sheikh tu semua aku tak sempat nak pi sebab hujan .

tempat ni kan kalau korang nak tahu, tak ramai sangat orang. ada yang buat macam-macam aktiviti dekat sini. antaranya jungle tracking dari bawah sampai ke atas. ada yang joging dekat atas tu dan ada juga yang sekadar jalan-jalan jer.

aku cadangkan korang cari masa yang sesuai untuk naik ke gunung jerai sebabnya memang sejuk dan pemandangan dia memang cantik. korang boleh tengok kawasan sekitar kedah dari puncak ni.

Gambar menarik di sekitar gunung jerai...

gunung jerai

Gunung jerai kedah


pemandangan dari gunung jerai



YA !
masuk percuma.
sesuai bawa keluarga korang untuk bercuti di sini .


next trip nak pergi telaga tok sheikh tu pulak lah. ramai cakap tempat tu ada ceria menarik. seraamm.. hehehe

bye !~

2 comments

MiYOKO SuKi said...

da penah stay one nite ats tuu..mlm2 bunyi yang sgt menyeramkan....tp sebenarnye bunyi angin je tapi seakan2 org mengilai...tak berani nk bawa budak kecik..

nikkhazami said...

best la kalau tak ramai org

Powered by Blogger.