Header Ads

Akasia TV 3 : Sinopsis dan Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita

Sinopsis dan Pelakon Drama Tiada Arah Jodoh Kita, minggu lepas dah habis dah drama kekasih paksa rela lakonan " Pakcik " Remy dan Intan Najuwa kan.. ramai yang suka tengok drama ni sebab nampak sweet jer kan. mulai hari ini drama tiada arah jodoh kita yang akan menggantikan drama pakcik tu. hehe antara pelakon-pelakon yang terlibat adalah Shukri Yahaya, Aperena Manrose dan ramai lagi tau.. nanti aku cerita dekat bawah.

kalau korang tengok iklan cerita tiada arah jodoh kita ni kan. aku rasa drama ni pasal cintan cintun juga..


Drama Tiada Arah Jodoh Kita


.. tapi sebab pelakon dia best, mesti sinopsis dan jalan cerita dia pun best kan. rupanya, cerita ni pun di adaptasi dari novel juga. banyak dah karya-karya novel di angkat menjadi drama kan.

setakat ni, banyak yang pasal jiwang-jiwang jer kaan. hehehe
itu yang aku perasan lah....

...Sinopsis drama tiada arah jodoh kita ini adalah berkisar mengenai ketabahan seorang wanita ( afia  awliya ) menantikan kekasih hatinya ( Fayyadh ) yang belajar di luar negara untuk pulang.

... bila pulang, lain pula yang jadinya.

disuruhnya afia berkahwin dengan rakan fayyadh iaitu Megat Wakeel.

korang nak tahu sebab apa ?
sebab nya wakeel tengah sakit dan mempunyai masa yang tak lama untuk hidup di dunia ni.

afia pun jadi serba salah.

dia tak suka kan wakeel tapi macam mana dia nak handle semua ni ?

TAPI

entah macam mana dia tertarik untuk berkahwin dengan wakeel. pertemuan mereka akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

namun seperti sudah dijangka wakeel tak bertahan lama. takdir memisahkan mereka..

selepas ni korang tahu apa yang jadi ??

Fayyadh kembali nak ambil cinta afia.
bukan dia sorang jer...

abang si wakeel pun nak jadikan dia sebagai isteri.
padahal masa wakeel hidup. kemain dia sombong dan dingin.

makin bertambah kusut fikiran afia.
agak-agaknya apa yang jadi dalam cerita tiada arah jodoh kita ni kan ..

korang kena tengok dekat TV 3 tau..

jangan terlepas pulak,
sebelum tu , meh aku kongsikan info berkaitan drama ni untuk korang...


👉 Jumlah Episod : 28 episod
👉 Tarikh Mula Tayangan : 12 Februari 2018
👉 Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 7.00 malam
👉 Senarai pelakon : Shukri Yahaya, Erwin Dawson , Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Rania

Aku tulis review ni sebab aku dah tengok dah drama ni. memang sweet gandingan dua pelakon ini. tetapi korang akan rasa sedih bila hubungan mereka di uji oleh orang ketiga. fuhh

boleh menaikkan kemarahan tau. jadi bagi korang yang belum tonton boleh tonton semula di saluran TV3 tau. ia sedang di tayangkan pada bulan julai ini.

Selamat Menonton !!
korang komen lah dekat bawah ni pasal cerita ni best ke tidak kan.. nanti boleh kita tukar-tukar pendapat .

هناك تعليق واحد

يتم التشغيل بواسطة Blogger.