Header Ads

KEPUTUSAN SPM DI UMUM PADA 15 MAC 2018

Inilah perkara yang dicari-cari oleh adik-adik atau anak-anak kita yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2017 yang lalu. Pasti mereka sudah tidak sabar menantikan hasil yang akan mereka perolehi tidak lama lagi.

Tarikh result SPM 2017 yang dijangka akan diumumkan pada 15 Mac 2018 ini dijangka akan menjadi titik tolak kepada perubahan yang positif dalam kehidupan mereka. Calon-calon yang sudah mempunyai perancangan sama ada meneruskan pelajaran di luar negara mahu pun dalam negara pasti akan lebih mudah selepas keputusan ini di keluarkan.

KEPUTUSAN SPM DI UMUM PADA 15 MAC 2018


KEPUTUSAN SPM DI UMUM PADA 15 MAC 2018


Antara subjek peperiksaan SPM yang aku ambil dulu adalah Sejarah, Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Bio, Fizik, Kimia, Syariah, Al-quran dan assunnah. banyak betul subjek dulu-dulu yang kita boleh ambil untuk exam.

kalau senior aku, mereka boleh ambil lagi banyak.
sebab tu dulu , orang kerja nak pecahkan rekod jerr..

hahaha

itu yang ada 21 A
17 A

dan sebagainya.

sekarang rasanya dah tak ada lagi dah kan.
bagi aku, baik korang fokus kepada subjek yang korang nak sambung di Universiti.

lebih jimat masa dan lebih mudah untuk korang bawa diri di sana nanti.

hehehe

membebel pulak ubai ni.

aku ulang sekali lagi, tarikh keputusan spm 2018 diumumkan pada 15 Mac 2018 nanti. bersamaan dengan hari khamis.

jadi kalau pelajar nak ambil result,
korang boleh tanyakan kepada pihak sekolah sama ada perlu pakaian yang macam mana.

setengah sekolah akan suruh pakai baju sekolah.
ada sekolah , tak perlu pun.

itu korang call pihak sekolah untuk memudahkan urusan korang ambil keputusan spm nanti.

Semakan result spm boleh dibuat pada hari yang sama melalui 2 cara iaitu semakan di sekolah ataupun melalui Sistem Pesanan Singkat ( SMS ) .

Caranya adalah :

SPM<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>No Angka Giliran

hantarkan ke 15888

waktu operasi bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.


aku doakan korang berjaya selepas ini.

kalau dapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan risau, ramai ja yang masih hidup walaupun result teruk. hahaha

jangan risau !
korang tak akan mati punya lah.

hahaha

usaha dan terus usaha.

yang berjaya dapat keputusan cemerlang.
pilih lah universiti yang terbaik untuk korang.

sungguh !
perjalanan lepasan SPM baru sahaja nak mula.

jadi hati-hati.
Good Luck dan ALL The Best !




No comments

Powered by Blogger.