Header Ads

Kalau Tak Mampu Sokong Orang Bawa Islam, Jangan Halang Orang Nak Bawa Islam

Panjang tajuk aku hari ini. hehe baik, tadi aku ada nampak satu video yang mana seorang ustaz diserang ketika memberi kuliah agama di Pulau Pinang ini. Ustaz yang dimaksudkan adalah ustaz subri arshad.

Sedih ...

itulah yang aku dapat kongsikan dengan anda mengenai perasaan aku bila tengok video tu. walaupun video tak full, tapi dari apa yang aku nampak dua orang lelaki berpakaian baju biru( Keadilan ) menyuruh ustaz berhentikan ceramah dan keluar dari masjid.

Menurut ustaz subri, dia hanya menafsirkan ayat 23 surah attaubah. aku juga tidak pasti sama ada mereka serang ustaz sebab ayat yang ditafsirkan itu atau ada sebab peribadi yang lain. ini ayat yang dibacakan oleh ustaz.



Disebabkan kita tak tahu pucuk pangkalnya, maka aku nak tutup ulasan mengenai benda ini dekat sini. anda boleh tengok video yang ustaz dah muat naik menjelaskan isu yang berlaku..



Kalau nak cakap mengenai peribadi Ustaz Subri, aku selalu dengar ceramah ustaz subri dari aku kecil sampai besar ini, beliau seorang yang jaga tutur katanya, susunan ayatnya yang sangat lemah lembut dan sentiasa bersemangat dalam menegakkan Islam.

Beliau seorang yang pakar dalam Bahasa Arab dan Tafsir, aku suka dengar dia ulas ayat al-quran dan hadith sebabnya adalah pendekatan yang dilaksanakan oleh ustaz memudahkan kita untuk memahami alquran dan hadith.

Biar pihak polis yang buat siasatan, dan kita tunggu keputusannya bagaimana nanti .

cumanya aku nak kongsikan pendapat aku mengenai isu yang berlaku ini.

Kalau Tak Mampu Sokong Orang Bawa Islam, Jangan Halang Orang Nak Bawa Islam


Wahai penyokong-penyokong parti BN, PAS DAN KEADILAN.

Jagalah adab anda bila berhadapan dengan alim ulama. mereka menyampaikan sesuatu ilmu berdasarkan al-quran dan assunah. Hukum - hukum yang diajarkan kepada kita bukan direka. sebaliknya ia telah dibincangkan oleh ulama-ulama dahulu mengikut al-quran, Hadith , Ijmak dan Qias dan diguna pakai sehingga hari ini.

Sebagai ummat islam, usahlah kita pandang serong dengan ulama yang berbeza pendapat politik dengan kita. tak perlu sampai mengherdik dan menghalau mereka saat mereka beri kuliah..

jagalah adab kita dengan mereka. Kalau MALAYSIA ditadbir dengan cara Islam dan mengikut landasan islam yang betul, maka pasti mereka tidak akan masuk politik.

Disebabkan tidak ada parti yang bawa islam, maka tanggungjawab mereka untuk bawa islam dalam negara menerusi politik.

Sungguh ! kalau kita cari solusi selain dari islam, pasti kita tak akan jumpa solusi yang sebenarnya.

Anda nak menyokong Keadilan, Silakan..

Tiada masalah ..

Anda Nak sokong BN , Silakan ..

Tiada Masalah ..

cuma pesan aku , jangan halang orang nak bawa islam . jangan hina Alim Ulama .
aku bimbang, kemurkaan Allah turun dekat anda yang menghalang perjuangan Islam .

Selamat Mengundi. jagalah ukhwah sesama kita dan semoga Allah beri hidayah kepada kita semua ..

No comments

Powered by Blogger.