Header Ads

7 Cara Atasi Stress Apabila Menggunakan Media Sosial

Assalamualaikum, apa khabar anda hari ini? alhamdulillah. hari ini saya nak kongsikan mengenai cara atasi stress ketika kita menggunakan media sosial. Masalah ini merupakan masalah dalaman diri kita yang mana kita seperti bertarung dengan diri sendiri sehinggakan kita menjadi letih dan lesu.

Selalunya perkara ini berlaku apabila kita terlalu mengharapkan apa yang ada di media sosial itu bersependapat dengan kita. ini punca apabila kita terlalu mengharap tetapi hasilnya adalah sebaliknya.

kesudahannya , kita akan stress dan kemudian mula berfikiran tidak baik dan sebagainya.

Baca juga : Aplikasi handphone merosakkan moral pengguna

7 Cara Atasi Stress Dengan Media Sosial 


Bila kita dah tahu masalah, sekarang kita cari cara untuk atasinya. ada 7 cara yang saya lakukan berdasarkan pengalaman mengatasi stress .

Cara Atasi Stress Apabila Menggunakan Media Sosial


1. Memilih

Kenapa kita perlu memilih?
sebenarnya dalam media sosial mempunyai terlalu banyak benda positif dan negatif dalam satu-satu masa.

bila dua benda ini bergabung dalam satu-satu isu, maka kita seharusnya memilih yang positif sebagai panduan untuk kita.

2. Buang

Buang jauh-jauh perkara negatif dari perkara korang.
andai ada komen negatif yang mengganggu emosi anda, sila buang benda itu jauh-jauh.

tanam dalam fikiran yang mana benda tu tak penting dan segeralah lupakan benda tu

3. Sangka Baik

Andai ada perkara yang ditengah-tengah, nak kata positif sangat atau negatif sangat pun tidak. maka bersangka baiklah. jangan terlalu beratkan fikiran anda menyalahkan satu-satu perkara.

4. Kawal

YA ! kena kawal.
tak semua benda dan perkara anda perlu ambil tahu dan komen.

kawal diri anda dan pilih yang mana sesuai dengan anda SAHAJA !


5. Positif

Kalau secara tiba-tiba perkara negatif menyelebungi anda. Berfikiran positif sebagai penawar dan sebagai cara untuk anda atasi stress tersebut.

6. Abaikan

aku paling suka teknik ini.

kenapa?
sebab aku tak akan beratkan otak aku untuk fikir benda yang tak ada kena mengena dengan aku.

bila ada benda yang aku rasa tak ada kena mengena,
aku akan terus abaikan.

walaupun hati suruh komen dan ulas atau bagi pandangan.

7.  Move Forward

ayuh !
bergeraklah kehadapan.

usah pandang kemurungan sebagai satu perkara yang bagus. sebenarnya ada banyak lagi yang lebih baik yang perlu diberi perhatian.

teruskan lah bergerak kehadapan.
abaikan perkara negatif tersebut.

PENTING - Ramai di antara pengguna media sosial berubah dengan tidak menggunakan apa juga aplikasi media sosial kerana mereka terkesan dengan apa yang ada di dalam medium tersebut. ada yang kata, " lebih baik delete aplikasi tersebut, dari hari-hari makan hati dengan orang dalam tu " .

nampak tak betapa pentingnya menjaga fikiran dan emosi serta mental kita bila menggunakan media sosial.

orang luar tak nampak perkara ini,
sebab ia berlaku secara dalaman.

jadi, mahu tak mahu.
kita kena cari jalan untuk atasi stress apabila kita menggunakan apa sahaja aplikasi media sosial kita. jangan terlalu melayan perasaan sehingga ' membunuh ' diri kita secara senyap.

Semoga perkongsian aku kali ini dapat membantu kita menjaga kesihatan otak dan mental kita. jangan mengabaikannya kerana ia melibatkan emosi dan perasaan kita. aku bimbang akan menggangu orang yang kita sayang di sekeliling kita.

Sekian .



No comments

Powered by Blogger.