Cerekarama Taubatku

Telefilem terbaik, Taubatku yang mengisahkan tentang kehidupan satu keluarga yang diuji dengan tiada anak tetapi selepas itu mereka di uji pula dengan masalah kesihatan si anak yang mereka idamkan itu. Cerekarama Taubat ku  di TV3 ini sebenarnya telah ditayangkan sebelum ini rasanya. tapi tak tau sebab apa diulang tayang di hari raya. hehe memang orang suka tengok cerita ulang-ulang kan.



Cerekarama Taubatku




Update 2019, cerita ini sekali lagi diulangsiar pada 28 Disember 2019. Kalau korang nak tengok secara online, korang boleh tonton di bawah ini ya. Update 2023, cerekarama taubatku ini akan diulang siarkan kembali di TV3 tetapi jam 2 petang pada 30 september 2023.

Untuk Tahun 2024 pula, cerekarama ini diulang siarkan lagi di slot yang sama pada 7 september 2024 ini tau. Kalau ada yang terlepas haritu, boleh tonton hujung minggu ini.


PELAKON Cerekarama Taubatku 


Senarai penuh pelakon yang terlibat dalam cerekarama ini adalah seperti Syafiq Kyle, Azar Azmi, Syed Ali Murtadha, Syazuwan Hassan, Fauziah Nawi dan Rusdi Ramli. barisan pelakon ini aku puji sebab berjaya membawa watak dengan sangat baik sehingga berjaya memastikan mesej cerita ini sampai ke penonton.

SINOPSIS


Kalau anda nak tahu, sinopsis telefilem taubatku ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri iaitu diantara ismail dan maisarah. mereka sudah berkahwin selama 5 tahun tapi masih tidak dikurniakan anak.

mereka menjual satay untuk mengelak dari kesunyian. selepas beberapa ketika, maisarah disahkan mengandung. maka lahirlah anak mereka bernama yusuf. tapi nikmat itu hanya sementara sahaja.

yusuf ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh.

selang beberapa masa selepas itu, maisarah pula kemalangan dan meninggal dunia.

Cerekarama Taubatku TV3

kehidupan Ismail berubah, dia bekerja keras untuk menyara yusuf. disebalik kesungguhannya, dia mula mengabaikan yusuf kerana kesibukkan kerjanya.

apakah yang akan terjadi selepas itu? adakah yusuf dapat dijaga dengan baik ? itu korang kena tengoklah cerita taubatku ni.


INFO BERKAITAN DRAMA


Banyak elemen kekeluargaan diketengahkan dalam cerita taubat ku ini dan ia sangat memberi kesan yang mendalam kepada penonton yang menonton. Bahkan ramai juga yang dapat merasai apa yang cuba di sampaikan oleh pelakon dan pengarah cerita ini.


Waktu Tayangan : Sabtu, 16 Jun 2018, 9:00 malam
Tayangan 2019 : 28 Disember 2019.
Saluran Tayangan : TV3

Cerekarama Taubatku FULL ONLINE.


korang boleh layan di bawah ini. lepastu kongsilah entri ini dengan rakan-rakan lain. sedih tau cerita ni.



Memang sedih tau cerita ni. Kalau korang nak tengok, sediakan tisu siap-siap. hehe takut nanti kantoi nangis waktu tengok cerita ni.

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post