Header Ads

PESTA DURIAN 2018 DI PULAU PINANG

Hai, setiap tahun, musim durian pasti akan memeriahkan negeri Pulau Pinang ini. Sehinggakan akan diadakan pesta durian di negeri ini. aku sejujurnya tak makan durian, bau dia pun aku dah lari jauh inikan pula makan durian. hehe Bila pesta durian 2018 di pulau pinang berlangsung ?

untuk tahun ini, aku tak jumpa lagi poster berkaitan pesta durian ni. tapi korang tak perlu pun tunggu pesta durian baru nak mai penang ni, anda datang sahaja ke pulau pinang dan anda akan dapat lihat banya kedai yang ada di tepi jalan dekat sini.

Tempat jual durian yang banyak dekat area pulau adalah di bahagian bayan lepas sehinggalah ke Balik Pulau. Aku dengar dari penggemar durian, mereka kata durian balik pulau antara durian yang terbaik di Malaysia. 


PESTA DURIAN 2018 DI PULAU PINANG


jangan tanya aku rasa dia macam mana.
sebab aku tak makan.. hehehe

Sekarang ni dah macam pesta durian dah sebab terlalu banyak sangat durian dekat sini. Harga pun dah makin jatuh . jadi ini peluang anda yang menggemarkan  raja buah ini, boleh dapatkan di pulau pinang.

Macam tahun lepas, buah tak berapa banyak. jadi harga lebih tinggi berbanding tahun ini. sementara masih musim durian ni, apa kata anda datang ke pulau pinang untuk merasai sendiri keenakkan dan kesedapan buah ini.

Selain dari durian, buah ramutan , manggis dan cempedak pun makin banyak di kawasan balik pulau. sambil menyelam minum air lah kalau anda datang cari buah durian, anda juga boleh cari buah-buah yang dijual sepanjang jalan ke balik pulau ini. 

selamat menjamu selera ! 

2 comments

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

berita gembira untuk peminat durian ni

Cik Nor said...

murah tak harga durian kat sana?

Powered by Blogger.