Header Ads

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRAH - Selamat Tahun BARU Hijrah

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRAH. Subhanaallah, rasa cepat ja masa berlalu kan. Kita pun dah nak masuk awal tahun Hijrah 1440H. Ini menandakan tahun 1439H akan berakhir. Tarikh akhir tahun hijrah adalah pada 10 September 2018 ini. Manakala tarikh awal tahun 1440 H pula akan bermula pada tarikh 11.9.2018.

Didalam Islam , kita dianjurkan untuk melakukan beberapa amalan sempena menyambut ketibaan tahun baru. Begitu juga dengan amalan sebagai penutup tahun yang berakhir. Sememangnya Islam sentiasa menekankan kepada kita amalan yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah.

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRAH - Selamat Tahun BARU Hijrah


Ummat Islam perlu mempautkan hati mereka kepada Allah dengan penuh keyakinan dalam setiap aspek pekerjaan dalam kehidupan kita. Keyakinan yang mantap dapat mengelakkan kita dari terjerumus ke dalam kancah maksiat dan kehinaan.

Antara amalan yang dianjurkan untuk kita lakukan adalah membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. 

DOA AWAL TAHUN


Doa awal tahun dibaca selepas solat maghrib sebanyak 3 kali. anda boleh baca doa tersebut mengikut tulisan dalam gambar dibawah.

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRAH - Selamat Tahun BARU Hijrah

DOA AKHIR TAHUN 


Doa akhir tahun dibaca 3 kali selepas solat Asar. Anda boleh baca doa tersebut di bawah ini.

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRAH - Selamat Tahun BARU Hijrah
Yang penting, bila berdoa, kita perlu banyakkan memohon keampunan atas dosa yang telah kita lakukan. Tak berguna kita hidup bertahun-tahun tetapi dosa kita tak diampunkan oleh Allah.

Selain itu, kita juga boleh berdoa agar dimurahkan rezeki kita dan diberkati segala usaha kita sama ada untuk tahun yang lepas ataupun untuk tahun yang akan datang.

Berdoa tanda kita bergantung harap hanya kepada Allah.
berdoa tanda pengabdian diri kepada Allah.

Di tahun baru hijrah juga merupakan tanda awal kita memulakan azam baru. Ada yang menyambung azam lama. tidak ada kesalahan disitu. Yang penting, kita kena ada matlamat hidup untuk terus berjaya.

Bukan berada pada tahap yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Kami juga ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada seluruh ummat Islam diseantero dunia dengan ucapan

" Kullu A'am wa antumbilkhoir "

Semoga tahun baru ini membuka lembaran baru dalam hidup kita semua.

Selamat Tahun BARU Hijrah !


2 comments

Powered by Blogger.