Cerekarama Dosa Perempuan TV3

$ads={1}

Sebuah cerekarama menarik yang mesti ditonton, cerekarama dosa perempuan akan kembali ditayangkan di saluran tv3 pada 12 oktober 2024 ini tau. Mesti ramai tak sabar nak tengok sampai habis cerita ni sebab apa memang terbaik dan memang best tau.

Dosa yang dilakukan oleh perempuan menyebabkan orang lain yang menanggung derita dan ia amat sukar untuk difahami. Namun disebabkan kita ada Mira Filzah, Nad Zainal dan juga Redza Rosli, mereka menjadikan jalan cerita cerekarama yang dipertandingkan di anugerah skrin 2018 ini sangat menarik dan mudah difahami.


Cerekarama Dosa Perempuan TV3


Aku boleh katakan yang korang akan rugi kalau tak tengok sampai habis dosa perempuan ni tau. Memang geram dan banyak plot twist yang tak disangka-sangka. Kalau korang dah tengok sebelum ni, kena tengok sekali lagi sebab apa memang best dan jarang di ulang siarkan di TV3.



INFO CEREKARAMA DOSA PEREMPUAN



  • Tarikh : 20.10.2018.
  • Tarikh Tayangan 2024 : 12 Oktober, 10 malam di slot cerekarama
  • Masa : 9 Malam.
  • Saluran Tayangan : TV 3.
  • Pelakon lain : Aaidit Noh, PU Rizz, Duerra Mitilda, Hairi Safwan dan Fizi Amer.

$ads={1}

SINOPSIS DOSA PEREMPUAN


Jalan cerita cerekarama minggu ini adalah mengisahkan tentang Nik yang merupakan seorang peguam. Dia dalam proses menyelesaikan satu kes pembunuhan yang dilakukan oleh Daud.

Daud telah membunuh rakannya bernama Azali. Tindakannya ini mendapat kecaman hebat dari masyarakat.


Cerekarama Dosa Perempuan TV3


Sekiranya dia didapati bersalah, Dia akan dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah. Jahat betul si Daud ni. Dia juga banyak berdalih dan tak banyak membantu Nik menyelesaikan kes dia.

Satu ketika, Nik perlu bertugas diluar kawasan. jadi isterinya iaitu Suraya dan anak mereka, Aimi perlu tinggal di rumah seperti biasa. Pada mulanya Nik tak rasa apa-apa sebab dah biasa tinggalkan anak bininya ketika kerja di luar. 


Nik juga memberi peringatan kepada Suraya dan Aimi memandangkan keadaan dia di tempat kerja bertambah rumit. Jadi Nik mula risau mengenai keadaan anak dan isterinya itu. 

$ads={1}

Namun berlaku sesuatu diluar jangkaan yang membuatkan Nik terpaku. Ketika ketiadaan Nik, Suraya bertemu dengan Tasha. Siapa pula si tasha ni? Pada hakikatnya Nik mungkin tidak kenal dan kehadiran wanita ini bukan digemari oleh isterinya dan anaknya. Apa dosa perempuan yang mereka perlu tanggung itu?


Cerekarama Dosa Perempuan TV3





Nik menjadi tidak sedap hati, kerana Aimi mengadu yang dia tidak sukakan tasha. Lagilah Nik risaukan. Dia peguam, jadi ramailah yang tak puas hati dengan dia dan kini dah sampai tahap mengganggu keluarganya? Apa yang Nik Buat selepas itu cukup mengejutkan kita! 

Kes Daud ini menjadi lebih rumit apabila, Daud tidak mahu beri kerjasama kepada pihak polis. Katanya, jika mereka mahu tahu perkara sebenar, mereka perlu memanggil kekasihnya kerana dia juga merupakan saksi kejadian.

Mampukah Nik mencari jalan untuk selesaikan kes ini?
Persoalan timbul, siapakah pembunuh Azali ?

Daud atau orang lain ?

nak tahu kesudahan cerita ini?
anda kena tengok cerekarama malam ni tau. rugi kalau ada yang terlepas. hehe

Cerekarama Dosa Perempuan TV3

$ads={2}

TONTON ONLINE DOSA PEREMPUAN


Bagi yang nak tengok secara online cerekarama malam ini, boleh layan dekat pautan dibawah ini ya. Korang boleh tonton semula di saluran Tonton.com.my atau di saluran tv3 tau!



Jom like page kami >> Kataubaid <<  sebagai tanda sokongan anda !

Penutup


Cerekarama ini menarik kerana gandingan pelakon-pelakon hebat membuatkan jalan cerita dia sangat smooth dan menarik untuk ditonton. Ditambah pula dengan ditayangkan di slot cerekarama, ia tidak menghadkan jumlah penonton bahkan boleh menonton seisi keluarga.

Jadi kalau korang terlepas tayangan hari tu, boleh tonton semula sabtu ini 12 oktober 2024 ini tau. Jangan lupa !!

$ads={2}

Post a Comment

Previous Post Next Post