Header Ads

Review Pertama Kali Makan di Pak Mat Western Pulau Pinang

Review Pertama Kali Makan di Pak Mat Western Pulau Pinang. Assalamualaikum, rasa macam lama pula tak update pasal tempat makan menarik di Pulau pinang kan. Yela sebelum ni, agak sibuk sikit jadi aku update blog yang mana sempat jer. hehe

Kali ni, aku nak kongsi mengenai PAK MAT WESTERN. Salah satu kedai makan yang terkenal di negeri Pulau Pinang ni. Menu apa yang ada di sini ? sedap ke tidak ? jom baca di bawah ni.

Sebelum tu, korang boleh baca pasal Nasi Kandar Merlin ya. Antara nasi kandar legend di pulau pinang.

Keistimewaan Restoran Pak Mat Western Pulau Pinang.


Kalau anda ada perasan, ramai youtubers dan juga page-page besar datang review kedai Pak Mat Western ni. Sebab itu, ramai pelanggan yang datang cuba rasa makanan di sini.

Restoran ini menyediakan makanan western seperti chicken chop, lamb chop, fries dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh menikmati masakan melayu seperti nasi goreng bersama dengan menu-menu lain.

Pertama Kali Makan di Pak Mat Western Pulau Pinang
Ini Chicken Chop dekat Pak Mat Western.. sedap kan.


Kedai ini diasaskan oleh 3 orang adik beradik ini mula beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu.

Nak tahu sedap ker makan dekat pak mat western tu ?
Nanti aku jawab dekat bawah ni.

Pengalaman Pertama Kali Makan di Pak Mat Western Pulau Pinang


Kedai ini mula beroperasi pada jam 5 petang. Aku dan keluarga aku sampai dalam pukul 5 lebih. masa ni ruang kedai hampir penuh dengan orang.

Serius ramai gila. Aku rasa mungkin sebab cuti sekolah tapi ada juga yang kata setiap hari memang ramai pelanggan yang makan di sini.

Kami pun tak ambil masa yang lama, terus duduk dan order.

Aku order Chicken Chop, Lamb Chop, Nasi goreng Lamb Chop, Nasi Goreng Fish Fillet dan menu yang wajib cuba di pak mat western adalah Meat Ball.

nasi goreng fish fillet Pak Mat Western Pulau Pinang
Ini pula Nasi Goreng Fish Fillet. Bapa aku cakap sedap dan lembut.


Banyaknya ubai makan !
Hahaha kami 5 orang lah, jadi order setiap orang menu lain-lain.

Baru boleh rasa semua kan. hehe

Nasi Goreng Lamb Chop Pak Mat Western Pulau Pinang
Nasi Goreng Lamb Chop.. Mak aku yang makan, dia kata biasa jer..


Yang paling best dekat sini, bila kita order ja. Makanan dia cepat sampai. Memang tak akan tunggu lama punyalah.

Aku sempat rasa Chicken Chop dengan Meat Ball ja.

Bagi aku rasa dia sama jer macam dekat luar sana tetapi rasa sos dan kelembutan daging ayam dekat sini memang lembut dan penuh ( rasa isi ) .

Daging ayam tak nipis, bila makan tu memang rasa isi bukan rasa angin atau ruang kosong di tengah ayam.

Meat Ball Pak Mat Western Pulau Pinang
Ini Power ! Sedap sampai termimpi-mimpi haha Cheezy Meat ball di Pak Mat Western

Meat ball dia pula rasanya sedap dan lembut. Memang tak rugi kalau korang beli dan cuba. Daging dia lembut dan senang untuk dimakan. Sos dia sedap dan rasa spicy sikit. Memang kena bila dimakan dengan meat ball tersebut.

Untuk menu-menu lain, adik-adik aku cakap rasa dia biasa ja. Perkara yang membezakan chicken chop pak mat dengan kedai-kedai lain adalah texture daging dan sos yang disediakan.

Pertama Kali Makan di Pak Mat Western Pulau Pinang
Green Tea.

Minuman yang kami pesan adalah green tea ja. Ada macam-macam jenis minuman dan anda boleh pilih sahaja yang anda mahukan. yang penting , lepas minum, anda kena bayar lah. hahaha

Tiba-tiba aku teringat pasal review aku dekat Mee Kuah Tulang di Sungai Petani. Kedai ni pun ramai orang dan rasa dia pun boleh tahan. Korang dah pergi ke belum ?

Lokasi Pak Mat Western Pulau Pinang.






Kalau anda nak senang, buka waze atau google map, anda cari ' pak mat western ' akan keluar location ke sana. sangat senang dan memang ada saju jer kedai nama pak mat ni. hehe

Waktu Operasi : 5pm hingga 12.30pm 
Lokasi : Bukit Minyak, 14000 Simpang Ampat,Penang

  • Waktu peak atau waktu paling ramai orang adalah pada jam 9 malam hingga 10 malam.
  • Waktu lain pun ramai juga. pandai-pandai lah korang pilih waktu nak makan dekat sini ya.

Aku cadangkan datang masa kedai baru buka. Senang nak cari tempat untuk makan dan tak perlu tunggu orang lain habis makan baru korang dapat meja makan.

Secara keseluruhan review dekat Pak Mat Western ni aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Aku sebenarnya letak high expectation untuk kedai ni. Salah satu sebabnya adalah kita tengok review di media sosial dengan videonya bagai.

Pertama Kali Makan di Pak Mat Western
Isi dia full tau ! Chicken Chop Pak Mat memang terbaik.

nampak mengasyikkan tapi bila kita rasa sendiri, lain pula dari apa yang ditayangkan.

AMARAN : aku tulis review mengikut apa yang aku rasa waktu makan tu. Mungkin review aku tak sama dengan orang lain.

Jadi korang kena rasa sendiri menu-menu yang ada dekat pak mat western ni, barulah korang boleh nilai sendiri tahap kesedapan makanan-makanan yang ada di sini. 

Lidah kita tak sama deria rasa, jadi korang rasa dulu, baru nilai sama ada sedap atau tidak.

Itu sahaja review kedai makan pak mat western kali ini. Kalau lepas ni aku singgah makan lagi dekat sana, aku tulis review lagi ya.  Selamat Mencuba !

1 comment

Cik Nor said...

sedapnya..ubai..blanja cik nor plis..:)

Powered by Blogger.