Header Ads

Cerekarama Rezeki Tanpa Alamat TV3

Cerekarama menarik hujung minggu ini cerekarama Rezeki Tanpa Alamat TV3 mengisahkan tentang seorang anak muda lelaki yang dibuang ibu tirinya selepas kematian ayahnya.


Cerekarama ini akan ditayangkan pada 24 Februari 2024 di TV3. Korang mesti nak tahu jalan cerita penuh untuk telefilem ni kan. jangan risau, kami kongsikan untuk anda di bawah.


Aku rasa, ramai yang akan menangis tengok cerita ni nanti. hehe Antara pelakon hebat yang terlibat adalah Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir Ismail dan Aman Graseka.


Mesti menyayat hati punyalah bila dapat tengok sampai habis kan. hehe


Cerekarama Rezeki Tanpa Alamat




Sinopsis


Cerita menarik mengenai rezeki tanpa alamat ini mengisahkan tentang kisah Sharul. Selepas kematian ayah, Sharul hanya inginkan sebuah songkok peninggalan ayahnya daripada ibu tirinya. Sharul tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi.


Kehidupan Sharul bermula dengan susah dan kemudian dia memperoleh kejayaan. Dia tidak lupa kepada ibu tirinya walaupun sering dianiya oleh ibu tirinya.


Sharul terus berbakti kepada ibu tirinya itu dengan menghantar makanan kepadanya walaupun dia tidak disukai oleh ibu tirinya.

Fuhh sedihnya cerita ni.

Ada yang dah sediakan tisu ker? hehehe

Info dan Pelakon


Cerekarama ini membuatkan aku menangis dan sebab itulah waktu tayangan cerekarama rezeki tanpa alamat ini sentiasa di nanti-nantikan penonton.


Untuk yang tak tahu, cerekarama ini kali pertama di tayangkan adalah pada 29 Disember 2018 dan masih diulang siarkan beberapa kali oleh tv3.

Promo 




Review


Aku tulis review rezeki tanpa alamat ini sebab nak bagi korang tengok cerekarama ini. Bagi aku dari segi penghayatan watak, Azrel dan Jasmin Hamid sudah melakukan perkara yang luar biasa.


Mereka mudah meruntunkan jiwa penonton dengan membawa watak mak tiri dan anak tiri. Semua persengketaan bermula selepas kematian bapanya.


Dengan pembawaan azrel yang dihalau keluar membuatkan kitaa juga merasaai pengalaman itu tanpa mengurangi rasa sedih yang dilalui watak tersebut.


Kalau nak cerita penuh memang susah sebab nanti akan terspoiler pula kan. jadi selebihnya korang kena tonton pada hari sabtu ini.

Penutup


Akhir sekali bukan senang aku nak kongsikan review berserta sinopsis ringkas untuk korang. Ini bermaksud cerekarama ini memang lain daripada lain dan mempunyai kekuatan tersendiri.


Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan di saluran tv3 pada hari sabtu ini ya.





1 comment

Etuza said...

sedihnya cerita..nak tonton tapi kami di luar liputan. hari ini dan esok tak berada di rumah..melepas

Powered by Blogger.