Header Ads

Cerekarama Dosa Yang Tak Diiktiraf

Cerekarama menarik bakal ditayangkan pada hujung minggu ini adalah Cerekarama Dosa Yang Tak Diiktiraf yang mana ia merupakan telefilem menjadi pilihan penonton.

Sebenarnya, ramai tak tahu yang cerekarama ini pernah ditayangkan sempena hari raya tahun 2019 yang lalu dan kali ini ia bakal ditayangkan semula pada 17 Februari 2024.

Antara barisan pelakon utama yang menguatkan jalan cerita ini adalah Zarul Umbrella dan juga Elly Mazlein.
 
Cerekarama Dosa Yang Tak Diiktiraf

INFO Cerekarama


Ramai sangat nak tahu mengenai info dosa yang tak diiktiraf ini memandangkan ramai yang rasa macam pernah tengok dah sebelum ini kan.

Jadi aku kongsikan dengan korang beberapa info menarik. 

Yang pertama adalah cerekarama ini kali pertama ditayangkan pada hari sabtu bersamaan dengan tarikh 15 Jun 2019 pada jam 10:00 malam di saluran tv3.

Ramai pelakon hebat yang terlibat. Antaranya adalah Chacha Maembong dan Rayyandino yang bertindak sebagai pembantu kepada Zarul Umbrella dan juga Elly Mazlein.


Tak sabar nak tengok cerita ni. Dalam sedutan dia pun dah banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Korang bacalah sinopsis dia di bawah ni ya.

Sinopsis  


Jalan cerita dan juga sinopsis dosa yang tak diiktiraf ini mengisahkan tentang Razif dan Rita Sarafina. Mereka adalah pasangan suami isteri yang bergiat dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena ‘Rock’ tanah air.

Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsur keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk sebuah OST filem.

Dia mula terkesan dengan skrip filem itu yang menyedarkan dia tentang hukum agama. Sejak itu Razif mula mempelajari tentang agama dan telah meninggalkan kesan terhadap keluarganya apabila mereka juga turut disuruh meninggalkan dunia hiburan.

Sedutan Cerekarama



Episod Penuh Cerekarama

Selamat menonton. Sediakan tisu sekali tau. hehe

Penutup


Ramai yang suka menonton cerekarama ini sebab memberi banyak pengajaran kepada kita dan juga banyak membantu menyedarkan para penonton mengenai kepentingan berbuat baik dalam masyarakat.

Bukan mudah menjadi baik tetapi dalam cerita dosa yang tak diiktiraf ini membantu kita memahami bagaimana perubahan seseorang kearah kebaikan. 

Bagi korang yang belum tonton cerita ini, jangan lupa saksikan di saluran tv3 pada sabtu ini jam 9 malam.

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.