Header Ads

Logo 'Visit Malaysia 2020' Sempena Tahun Melawat Malaysia di kecam?

Logo Rasmi Tahun Melawat Malaysia ' Visit Malaysia 2020'  di Kecam ? Sejak semalam, para netizen sibuk dengan logo tahun melawat malaysia 2020. Seperti biasa, netizen ni semua benda dia nak menyibuk kan. haha Untuk pengetahuan korang, logo tahun melawat malaysia sentiasa menjadi isu kerana ia merupakan lambang promosi sesebuah negara.

Tak nafi, pengalaman aku belajar di luar negara dulu menyebabkan aku turut bersetuju yang logo memainkan peranan penting dalam memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Persoalannya sekarang ini, apa yang tak elok atau benda buruk pada logo kali ini?

Logo Rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 di Kecam ?


Sejujurnya aku lihat pada dua bahagian. Dulu aku rajin juga buat logo - logo ni. tapi sekarang dah pencen dah. hahaha jadi boleh lah nak komen sikit-sikit kan.

Bahagian pertama adalah bahagian objek atau vector yang digunakan. Bagi aku tak ada masalah untuk ini. Memang lawa dan sesuai untuk diketengahkan. Burung kenyalang dan juga bunga raya sebagai penghias utama logo ini.

Logo Rasmi Tahun Melawat Malaysia/ Visit Malaysia 2020

Logo Rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020

Cuma yang beri masalah dekat adalah tulisan dekat bawah tu. Kalau korang baca sekali lalu, apa ayat yang keluar.

A - Visit Truly Asia Malaysia
B - Visit Malaysia, Truly Asia

yang mana satu yang korang baca? Komen dekat bawah ni tau.

Kalau aku, aku baca Visit Malaysia Truly Asia. Sebab utamanya adalah kita terbiasa dengan ' truly Asia ' sebagai trademark pelancongan negara. Jadi bila dicampur macam ni, aku tak pasti sama ada disengajakan atau tidak.  Jom kita baca huraian menganai logo baru tahun melawat malaysia ni.

Artikel Menarik : Musim Durian 2019 Pulau Pinang.

Introduction to Visit Malaysia Logo:


For a country rich in culture and natural wonders as our beloved Malaysia, tourism can certainly be a great economic pillar.

Each element in the logo individually showcases the diversity of experiences a tourist may embark on only on Malaysian soil.

In addition to giving foreign tourists a taste of Malaysia’s bountiful offerings, the features in the logo also urges local Malaysians. This is to advocate the preservation of our country’s identity as the nation moves forward in this fast-moving era of globalization.

Element Design Dalam Logo Tahun Melawat Malaysia


The style of the logo is inspired by Malaysian Batik. The magnificent rhinoceros hornbill is perched on the left side of the logo. The iconic bird illustrates the unique fauna and Eco-adventures that Malaysia has to offer. A red hibiscus adorns the top right of the logo.

Logo Rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 viral
Logo dari Netizen. Cantik juga logo ni kan.


In the national language, Bahasa Malaysia, the hibiscus is known as “bunga raya”, loosely translated to “flower of celebration”. The flower encapsulates the celebration of cultural diversity in Malaysia. The wild fern below the hibiscus is locally known as “paku pakis”. The edible plant is a favourite among Malaysians of all races, and is apt to represent the unique flavours of Malaysian cuisine.

Logo Colours:


The main colours blue, red and yellow used in the logo represent the colours of the national flag, Jalur Gemilang. The orange colour illustrates the year-round sunshine Malaysia receives. Lastly, the green colour represents the abundance of nature in Malaysia. The brilliance of these colours is eye-catching, and invites the onlooker to take a closer look.

Tapi diorang tak mention pasal slogan tu. Takpalah ini pendapat aku sahaja, lebih baik ia di susun untuk mudah difahami. Apa pun logo ini memang cantik berbanding logo yang dicadangkan pertama kali tempoh hari. Korang ingat tak?

Kalau tak ingat, ini logo dia.

Logo Tahun Melawat Malaysia 2020


Semoga perubahan positif dalam logo rasmi tahun melawat malaysia atau visit Malaysia 2020 akan memberi peluang untuk negara menerima jumlah pelancong yang banyak untuk tahun tersebut.

Semoga berjaya.

Artikel Makan-Makan : Review Pertama kali Makan di Pak Mat Western.


No comments

Powered by Blogger.