Header Ads

ROY Luah Perasaan Selepas Tersingkir

ROY Luah Perasaan Selepas Tersingkir. Selepas mendapat markah terendah untuk minggu ini, Roy terpaksa akur dengan penyingkiran yang telah berlaku.

Dengan hanya 55 peratus markah yang diperolehi dalam konsert ke 8 gegar vaganza menyaksikan Roy meninggalkan pentas gegar vaganza.

Dalam temubual bersama Astro Gempak, Roy ada meluahkan rasa hatinya selepas tersingkir. Jom kita baca temubual bersama roy.


“Saya dah agak sebab tahu lagu-lagu saya bukan lagu konsert. Lagu-lagu saya lebih kepada lounge dan tiada cabaran.

“Sepatutnya saya perlu nyanyi lebih baik daripada Datuk Jamal tapi ditambah pula dengan masalah kesihatan, saya terpaksa berjaga-jaga supaya suara tak pecah.


ROY Luah Perasaan Selepas Tersingkir
gambar sumber astro gempak


“Saya reda dengan apa jua keputusan, mungkin inilah yang terbaik buat saya,” katanya kepada Gempak.


Roy ditemui selepas membuat persembahan konsert minggu kelapan GV2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Roy lagi, dia akan kembali membuat persembahan secara busking selepas keluar daripada GV2019.

“Saya masih aktif menyanyi tapi peluang untuk membuat persembahan dah kurang. Sekarang lain, mereka mencari orang yang lengkap pakej.

“Saya hanya ada patriotik sahaja. Ada juga orang beri tawaran menyanyi tapi tak banyak. Sekarang orang nak yang ada hensem, vokal nombor dua pun tak apa. Saya ni buncit, siapa nak panggil.

“Saya perjuangkan apa yang ada selagi boleh, tepi jalan pun tepi jalan lah. Saya tak kisah menyanyi busking sebab memang dah niat lepas keluar GV2019,” ujarnya lagi.


P/S : Tak apa abang Roy, rezeki anda di luar sana masih luas. Mungkin sekarang kita tak nampak, di masa hadapan kita tak tahu.

Semoga berjaya!

No comments

Powered by Blogger.