Cerekarama Misteri Bilik Bawah TV3

Cerekarama Misteri Bilik Bawah TV3. Sebuah cerita seram yang digemari ramai dan lebih menarik kerana cerita ini dibintangi oleh pelakon hebat. Bukan seorang tapi semuanya hebat. Bila cakap cerita misteri ni mesti akan jadi seram kan. Jadi hujung minggu ini kita akan disajikan dengan cerekarama menarik dan sesuai ditonton ketika hujung minggu iaitu misteri bilik bawah.


Sabtu ini, 28 september 2024 akan disiarkan sebuah cerekarama tersebut. Pasti ia dinanti-nantikan oleh semua peminat cerita misteri di dalam negara kita ni. Kali pertama ditayangkan adalah pada 18 Januari 2020 yang lalu di slot yang sama.




Cerekarama Misteri Bilik Bawah TV3






Senarai Pelakon yang terlibat adalah seperti Nad Zainal, Zahiril Adzim, Dynas Mokhtar, Roy Azman, Nadia Mustafa, PU Rizz dan jugaNisha

Minggu lepas kita ada cerekarama bertajuk mak nak peluk boleh. Ramai yang nangis tengok cerita tu. Agak-agaknya malam ni macam mana respon dari penonton kan. hehe.


Cerekarama Misteri Bilik Bawah TV3


Cerekeama bilik bawah ini diarahkan oleh Khairul Anuar Mat Noor dan skripnya ditulis oleh Rohaidah Haron. Jangan lepaskan peluang untuk menonton ulangan telefilem ini memandangkan jalan cerita dia menarik dan lebih dekat dengan masyarakat malaysia.


SINOPSIS MISTERI BILIK BAWAH


Cerekarama misteri bilik bawah ini mengisahkan tentang Zalika yang tinggal bersama suaminya di sebuah rumah milik mertuanya. Namun, sejak dia tinggal disitu, dia sering mengalami gangguan pelik dan mimpi yang menggerunkan. 

Zalika juga menceritakan peristiwa tersebut kepada Arman iaitu suaminya namun tidak diendahkan malah kerap kali mereka bergaduh kerana perkara tersebut. Zalika mengesaki bilik bawah rumah mereka menjadi punca dia merasa tidak selesa dan merasakan ada gangguan dalam rumah berkenaan.

Cerekarama Misteri Bilik Bawah TV3

Lebih menguatkan Zalika apabila bilik tersebut tidak dibenarkan masuk oleh bapa mertuanya. Satu hari ketika majlis bacaan yasin dan doa selamat, segala-galanya terbongkar apabila makhluk terebut menyerang Zalika dan merasuknya.

Maka sejak itu jugalah Arman mula mempercayai isterinya itu dan berusaha menyelesaikan masalah yang di alami keluarganya itu. Dapatkan Zalika dan Arman mengusir hantu berkenaan? kalau nak tahu kenalah tonton semula di saluran TV3 di slot cerekarama sabtu ini!

Cerekarama Misteri Bilik Bawah TV3

Korang Minat Drama tak?

Kalau minat, Jom join group fb >> Kaki Drama Fans << untuk tonton drama terkini.

Selamat menonton. Jangan lupa share tau dekat group whatsapp korang tu. Boleh tengok sama-sama. hehe.

Post a Comment

Previous Post Next Post