Shuib Tinggalkan Hotfm Secara Rasmi.
Shuib Tinggalkan Hotfm Secara Rasmi. Hari ini, Shuib Sepahtu telah mengumumkan yang dia akan meninggalkan Hotfm. Shuib yang mula menyertai Hot FM pada tahun 2019 mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada stesen radio tersebut.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik nama Shahmira Muhamad, 36 menerusi satu siaran di radio tersebut pada 18 Januari 2021 jam 8:50 pagi. Shuib juga berkata kontraknya akan tamat pada 31 januari 2021 jadi ada beberapa hari lagi sebelum secara rasmi Shuib mengucapkan selamat tinggal kepada hot fm.
Shuib berkata keputusan tersebut telah dibuat selepas berfikir panjang mengenainya. Dia yang ingin menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan yang dijalankannya itu menyebabkan dia terpaksa mengundur diri dari menjadi penyampai radio.
Sebagai pendengar hotfm, kami doakan shuib terus berjaya di luar sana dan terima kasih kerana menghiburkan hari-hari kami di waktu pagi ya.
Post a Comment