" Kami okey Saja" Respon Pelajar Malaysia di Korea Selatan Berkaitan isu 'Blackpig'
" Kami okey Saja" Respon Pelajar Malaysia di Korea Selatan Berkaitan isu 'Blackpig' . Satu lagi isu yang berlegar di sosial media adalah mengenai 'blackpig'. Kisah Janna nick mengenai video tahun 2018 dulu yang kembali viral. Janna juga telah buat laporan polis mengenai perkara tersebut.
Turut memberi komen baru-baru ini adalah dikatakan ada pelajar Malaysia di Korea turut terkena tempias dari isu berkenaan. Ada yang terpaksa keluar dari group sosial media gara-gara isu 'blackpig' tersebut.
Namun begitu, Seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan tampil memberi gambaran apa yang berlaku di sana. Sabrina Azhar sangat terkenal di twitter dan Instagram.
Dia yang terkenal dengan gelagatnya mengajar boyfriendnya bertutur dalam bahasa melayu itu turut menceritakan apa yang berlaku di sana.
Saya baik-baik sahaja, saya okay. Saya cuma nak cakap kesemua rakan-rakan Malaysia saya juga baik-baik sahaja disini. Saya ada dengar mengenai khabar angin seorang pelajar Malaysia ditendang dari group whatsapp namun saya tak mahu ulas mengenai itu. Jangan risau mengenai keadaan kami disini kerana semua pelajar sini okay.
all is well from the land of kimchi pic.twitter.com/nGQs9LJndA
— 나 (@jpbrinx) February 22, 2021
Rata-rata di ruangan komen berterima kasih kepada gadis ini yang memberitahu situasi sebenar disana. Tak kurang juga yang mengkritik individu yang menyebarkan maklumat palsu yang kononnya ramai pelajar dan pekerja disana terkesan dengan kontroversi ini.
Semoga isu ini akan selesai secepatnya dan kita pun boleh tutup buku dengan tenang.
Post a Comment