Sinopsis Drama Kronologi Si Penjual Roti (RTM1)
Sinopsis Drama Kronologi Si Penjual Roti (RTM1) Lakonan Zahiril Adzim dan Sheira Ayob. Ini merupakan sebuah drama yang diarahkan oleh Melissa Saila untuk stesen tv RTM. Drama ini telah ditayangkan pada tahun 2016 yang lalu dan kini sedang diulang siar sejak beberapa hari yang lalu. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Zahiril Adzim, Mior Hashim, Sharifah Aryana dan Sheira Ayob tau. Nampak kelainan sikit dekat tajuk cerita ni kan. jomlah kita baca Sinopsis Drama Kronologi Si Penjual Roti (RTM1) di bawah ini.
Sinopsis Drama Kronologi Si Penjual Roti (RTM1)
Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya macam mana jalan cerita dia kan. Drama kronologi si penjual roti ini banyak menceritakan mengenai seorang lelaki yang terpaksa menanggung akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh ahli keluarganya.
kisahnya tentang kegiatan mencuri yang dilakukan oleh Baba diwarisi oleh anaknya Madi dan kemudian pada cucunya Budi. Seluruh kampung mengenali keluarga pencuri ini dan sentiasa dibenci malah dipulaukan oleh orang kampung.
Selepas kematian Baba, terdetik di hati Madi untuk insaf dan berubah. Madi nekad meninggalkan Budi keseorangan dan berdoa agar Budi akan mendapat kehidupan yang lebih baik. Budi yang terkapaikapai mula mencari Madi bapanya tetapi dicemuh oleh penduduk kampung yang enggan membantu Budi.
Pak Sulong seorang peniaga roti akhirnya bertemu dengan Budi dan bersimpati dengan nasib anak kecil itu lantas mempelawa Budi tinggal bersamanya dan anak perempuannya Zaleha. Budi diberi kepercayaan untuk menjaja roti buatan Pak Sulong.
Budi selalu ingat pesan ayahnya supaya jangan sekali-kali mencuri dan menipu. Madi pula sering menjenguk Budi dari jauh.
Beliau bersyukur Budi akhirnya tinggal bersama keluarga Pak Sulong. Budi dan Zaleha yang sudah meningkat dewasa semakin rapat dan Pak Sulong sedar yang Zaleha menaruh hati pada Budi. Pak Sulong berhasrat untuk menjodohkan mereka berdua.
Perniagaan roti yang dijaja oleh Budi semakin laris. Budi mempunyai seorang pelanggan tetap bernama Kak Mai, seorang janda yang meminati Budi. Budi pula kini mempunyai pilihan hati iaitu Ani yang tinggal bersama nenek dan sepupu Ani iaitu Zali. Zali pula tidak menyukai perhubungan Ani dan Budi.
Untuk kaki drama!!
Jom join group fb >> Kaki drama << untuk tengok drama terkini!
Pak Sulong pula ingin mengamanahkan perniagaan rotinya kepada Budi jika mereka bertemu jodoh dan kemudiannya dia telah menyampaikan hasratnya kepada Budi.
Budi berterus-terang dengan Pak Sulong yang dia terpaksa menolak hasrat untuk disatukan dengan Zaleha. Madi pula yang sedang sakit kemudiannya bertembung dengan Budi yang sedang kusut memikirkan lamaran Pak Sulong.
Madi mengekori Budi tanpa Budi sedari itulah ayah kandungnya. Ani pula kecewa kerana Budi seakan menjauhkan diri dan bersikap dingin. Pak Sulong pula kecewa kerana hasratnya telah ditolak oleh Budi.
Pak Sulong yang berang dengan sikap Budi yang diibaratnya kacang lupakan kulit cuba dipujuk oleh Zaleha yang cuba menjelaskan pada bapanya yang dia faham keadaan Budi yang telah menganggap diri dia seperti adik sendiri. Zali pula cuba menghalang percintaan Ani dan Budi.
Pak Sulong akhirnya dapat menerima hakikat yang Budi menganggap Zaleha seperti adiknya. Malah Pak Sulong sanggup merisik Ani untuk Budi.
Malangnya pinangan itu telah ditolak oleh nenek Ani akibat hasutan Zali yang mengatakan Budi tak layak berkahwin dengan Ani kerana dia berpelajaran manakala Budi tidak.
Razali mendesak Ani untuk berkahwin dengannya tapi Ani menolak. Budi akhirnya mengambil keputusan mahu berkahwin dengan Zaleha kerana merasa terhutang budi terhadap Pak Sulong.
Pada menjelang hari pernikahan Budi dan Zaleha, Ani telah pergi berjumpa Budi di hadapan rumahnya kerana hendak menyelesaikan hutang pembelian roti tetapi setelah Ani masuk ke rumah untuk mengambil wang dia kemudian tidak keluar semula.
Lantas Budi yang kehairanan pergi ke rumah Ani tetapi kemudian dia dapati Ani sudah mati terbaring di dalam rumahnya.
Budi kelam kabut keluar berlari dari rumah Ani dan bertembung dengan Zali dan akhirnya terjatuh lalu pengsan. Di rumah Pak Sulong persiapan pernikahan sedang berlangsung dan mereka hanya sedang menunggu kehadiran Budi.
Zaleha dan Pak Sulong semakin resah menanti Budi tak kunjung tiba dan terbatal majlis itu akhirnya. Budi kemudiannya telah ditangkap polis untuk membantu siasatan tentang kematian Ani. Setelah beberapa hari ditahan di lokap, Budi berjaya meloloskan diri.
Budi kini menjadi orang buruan. Budi kemudiannya balik ke rumah Pak Sulong untuk bertemu Zaleha dan memberitahu keadaan dirinya. Budi juga tidak ingat apa-apa tenang kejadian Ani itu kerana jatuh pengsan.
Budi kemudian mengambil keputusan untuk bersembunyi di rumah lama datuknya Baba. Madi yang ketika itu pulang ke rumah Baba terkejut melihat Budi di situ. Setelah beberapa lama bersemuka. Akhirnya Budi mengetahui perkara sebenar iaitu Madi adalah bapa kandungnya.
Budi akhirnya berjaya diberkas semula oleh polis. Walau sudah mengetahui perkara sebenar dari Kak Mai, Budi tidak mahu menukar penyataan bersalah dia walau bukan dirinya yang membunuh Ani.
Adakah hukuman gantung yang dikenakan terhadap Budi sempat ditukar atau Budi terpaksa melalui hukuman tersebut?
Amacam, best tak drama kronologi si penjual roti ni?
Info Drama Kronologi Si Penjual Roti
Drama ini sangat menarik apabila turut di bintangi pelakon legend seperti Azizah Mahzan dan seniwati Mariani Ismail. Serta turut di sertai oleh seniman Karim Latif.
Drama ini hanya mempunyai 13 episod sahaja dan ditayangkan pada setiap hari jam 11.30 malam di tv 1. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Dibarisi pelakon Zahiril Adzim, Mior Hashim Manaf, Yassin Salleh, Sharifah Aryana, Sheira Ayob, Azhan Rani, Azizah Mahzan dan Yuswaisar,
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Selamat menonton!
Post a Comment