Mangsa banjir di Kelantan meningkat 5,255 orang
Mangsa banjir di Kelantan meningkat 5,255 orang. Menurut sumber berita harian, Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,255 orang sehingga petang ini, berbanding 3,546 mangsa direkodkan pagi tadi dengan hujan lebat masih berterusan.
terdapat dua kawasan yang baru dinaiki air setakat ini iaitu kota bharu dan machang menjadikan setakat ini telah 7 kawasan di negeri kelantan di naiki air setakat 3 setengah petang ahad.
Jumlah mangsa banjir di pasir mas meningkat mendadak sehingga 2,917 orang yang telah dipindahkan ke pusat permindahan sementara.
Di kuala krai pula, 963 mangsa dipindahkan setakat ini ke 12 PPS dan kemudian di jeli pula 540 dipindahkan ke 7 Pusat permindahan sementara.
508 mangsa di tanah merah berada di 13 lokasi PPS manakala 601 mangsa dari pasir putih berada di 5 PPS.
97 Mangsa dari Machang dan 13 dari kota baru turut di pindahkan ke PPS kawasan masing-masing.
Sementara itu, berdasarkan portal eBanjir Kelantan, dua sungai di negeri itu masih melepasi paras bahaya iaitu SungaiGolok di Rantau Panjang dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah.
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 10.71 meter (m) dan Sungai Golok di Jenob mencatatkan 26.69 m.
Pada masa sama, sebanyak 24 jalan ditutup kepada semua kenderaan dan kenderaan ringan di daerah yang dilanda banjir sehingga petang ini.
Post a Comment