Abang Viva Tiba di Terengganu Bantu Mangsa Banjir.
Abang Viva Tiba di Terengganu Bantu Mangsa Banjir. Setiap kali musim banjir, nama abang viva sentiasa menjadi sebutan ramai. kali ini banjir di terengganu, abang viva telah pun tiba tetapi kali ini dengan kenderaan baru iaitu Mitsubishi Triton.Pemilik nama penuh Azwan Omar ini berkata kenderaan baru itu dihadiahkan oleh seorang individu bagi memudahkan urusan kebajikan beliau.
"Banjir di Terengganu merupakan misi pertama saya dengan kenderaan ini. Dengan kenderaan baharu ini, saya rasa lebih bersemangat kerana banyak tempat saya boleh masuk.
"Kalau Viva sebelum ini, banyak tempat tidak boleh (masuk)," katanya kepada pemberita di Kampung Belukar Bukit di sini, hari ini.
Abang viva beritahu yang dia bertolak dari Melaka kira-kira 9 malam semalam dan tiba di Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu yang terjejas teruk akibat banjir pada 4.50 pagi hari ini.
"Rasa segan itu ada tetapi lebih bersemangat kerana saya senang dapat maklumat dan minta tolong orang kampung," katanya yang sering menerima tepukan dan sorakan mangsa banjir yang diselamatkan serta penduduk setempat.
Menurutnya, setelah keadaan banjir di Terengganu reda, dia akan meneruskan misi ke Kelantan sekiranya keadaan di sana memerlukan bantuannya.
Post a Comment