Header Ads

Biodata Faye Kusairi, Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Biodata Faye Kusairi, Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3. Hai semua! Kali ini aku nak kongsikan mengenai seorang pelakon lama yang mempunyai bakat yang hebat. Selain itu, watak Syakila dalam 7 hari mencintaiku menaikkan semula nama pelakon ini. Korang mesti kenal dengan faye kusairi kan. Jomlah kita baca biodata faye kusairi yang telah kami sediakan ini.


Biodata Faye Kusairi, Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3


Biodata Faye Kusairi, Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Pemilik nama penuh Dayangku Faratiwan Adnil binti Awang Kusairi ini merupakan anak jati kelahiran Miri Sarawak. Oh ya, dalam biodata faye kusairi ini kami kongsikan juga tarikh lahir faye iaitu pada 19 Jun 1987 dan kini telah berusia 35 tahun.

Faye kini tinggal di Kuala Lumpur dan dia mula bergiat sebagai anak seni sejak tahun 2013 lagi.Faye berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta yang juga merupakan bekas suami Elly Mazlien.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Alif Azmi.

Sejak tahun 2016 lagi, FAYE telah mengubah penampilannya kearah bertudung dan menutup aurat. Alhamdulillah.

Instagram : Instagram Faye Kusairi.

Itu sahaja biodata faye kusairi secara ringkas, jom kita tengok drama lakonan faye pula..

Drama, Filem dan Telefilem Lakonan Faye Kusairi

Sebab hampir sepuluh tahun, Faye berada di dalam dunia seni. Jadi banyak sudah karya lakonan faye yang ditayangkan di saluran TV.

Antaranya adalah drama Ammara Batrisya, Misiku Kuza 2, Aku Isterinya, Istikharah Cinta, Tanah Kubur (Musim 13), Kifarah Mistik, Sekali Aku Jatuh Cinta dan Pujaan Hati Umi.

Selain itu, dia juga turut membintangi drama 7 Hari Mencintaiku, 7 hari mencintaiku 2 dan 3, Inspirasi Ramadan, Setia Menunggumu, Isteri-Isteri Ayah, Setelah Cinta Itu Pergi dan Cetera Hati Diya.

Untuk filem pula, Faye pernah menjadi pelakon filem Cinderella, Pencuri Hati Mr. Cinderella dan Tombiruo: Penunggu Rimba.

Korang tahu tak yang Faye pernah keluarkan single kau biarkan tau ! Memang viral habis lagu tu dekat radio tau pada tahun 2016.

Akhir sekali, kita harap yang rezeki Faye dalam dunia seni semakin bertambah dan semakin naik namanya lagi. Good luck Faye!

No comments

Powered by Blogger.