Minggu Akhir Drama Suamiku Lelaki Pendosa
Minggu Akhir Drama Suamiku Lelaki Pendosa. Minggu ini merupakan minggu akhir untuk drama yang sedang hangat ditayangkan iaitu drama suamiku lelaki pendosa. Drama yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Sofia al barakbah dan juga gambit saifullah berjaya menambat hati penonton. Ramai juga peminat drama ni.
Minggu Akhir Drama Suamiku Lelaki Pendosa
Namun begitu, seperti biasa setiap drama akan sampai ke penghujungnya. Yang paling penting adalah bagaimana satu drama itu memberi kesan kepada para penonton yang menonton drama tersebut.
Aku kongsikan sikit sinopsis drama suamiku lelaki pendosa ini dekat korang ya. Ceritanya bermula daripada kisah seorang lelaki bernama Dean Ilyas. Dia mempunyai kawan baik bernama Iz. mereka bukan sahaja baik tetapi mereka kearah hubungan sejenis.
Datin Junaidah merupakan emak kepada Dean. Dia tahu apa yang berlaku dan sedang dilakukan oleh anaknya itu jadi dia risau. Lepas tu terus cari jodoh untuk anak lelakinya itu.
Cahaya malaika pula merupakan anak kepada Firdaus dan isterinya. Dia pada awalnya bertunang dengan Safri namun lelaki berkenaan telah memutuskan hubungan mereka kerana cahaya merupakan anak luar nikah dan bukan anak kandung Firdaus.
Ia berikutan kisah curang isteri firdaus dengan Afnan yang menyebabkan lahirnya anak bernama cahaya tersebut.
Nak dijadikan cerita, Firdaus dan junaidah merupakan kawan rapat jadi mereka jodohkan dean dan cahaya. Dean pula tidak kisah latar belakang cahaya namun pada peringkat awal, cahaya belum tahu perangai sebenar dean dengan si iz tu.
Lepas mereka berkahwin, Iz mengamuk bila cahaya mula dapat perhatian lebih daripada dia. Dean pula sudah nak berubah dan nak tinggalkan amalan songsang dia.
Lagi mengamuklah si Iz tu.
Jadi, Iz bergabung dengan si safri dengan niat nak hancurkan keluarga dean dan cahaya. Walaupun diuji dengan pelbagai cara, cahaya masih setia dengan Dean.
Dean pula nekad berubah kearah kebaikan dan meninggalkan perangai buruknya itu. Persoalannya sekarang, bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dean dan cahaya ini?
Sama-sama kita nantik.
Untuk peminat drama!
Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !
Review Jujur drama suamiku lelaki pendosa.
Drama ini best dan menarik. cumanya mungkin ada kesalahan fakta yang menjadi punca beberapa individu memuat naik komentar supaya pihak produksi cakna.
Overall is good tetapi aku tak suka suara aaron aziza dalam cerita ni.. hahaha bukan apa, slow sangat volume dia dah macam orang sakit.. hehe tapi lakonan abang aaron kita takyah cakap lah, memang best.
tapi aku puji watak Iz dan cahaya. memang best dan lain dari lain. Aku harap drama ini akan memberi pengajaran yang baik kepada kita semua.
Jangan lupa tonton minggu akhir drama suamiku lelaki pendosa di tv 3!
Post a Comment