Header Ads

Pengsan Bukan Gimik- Roslan Shah

 Pengsan Bukan Gimik- Roslan Shah. Baru-baru ini tular yang artis Roslan Shah pengsan ketika live di tv3. Kami pun sempat kemaskini entri berkaitan perkara tersebut. Kini keadaan roslan semakin baik. 

Dalam temubual roslan mengatakan pengsan itu bukan gimik dan dia tidak sanggup menggunakan soal nyawa untuk mendapat perhatian atau gimik. 

"Saya belum 'gila' nak reka gimik yang meraih perhatian bersifat sementara.


"Memang nama saya tidak sebesar artis lain, tetapi tidak bermakna saya sanggup melakukan gimik pengsan ketika siaran langsung program WHI.


Pengsan Bukan Gimik- Roslan Shah



"Saya sendiri tidak terfikir video ini akan tular. Ketika video ini hangat diperkatakan, saya dihantar ke Hospital Sungai Buloh selepas doktor panel di Sri Pentas mendapati tekanan darah saya tinggi," katanya kepada BH Online.

"Tak timbul istilah saya buat-buat pitam dalam program WHI. Andai kata saya nak buat gimik untuk menjual produk, tetapi produk apa yang saya ada.

"Jika buat gimik untuk diri sendiri, apalah sangat yang saya dapat? Tiada juga istilah saya dibayar pihak tertentu termasuk stesen TV.

"Insiden berlaku saya sendiri tak jangka. Bagi saya, soal sakit dan maut bukan perkara main-main.

"Duit masuk hospital pun saya bayar sendiri," katanya.

"Mulut netizen tak perlulah ambil kisah. Mereka tiada di tempat saya, jadi bolehlah cakap apa sahaja.

"Saya pun malu tiba-tiba pitam ketika sedang siaran langsung. Satu Malaysia tengok saya rebah dari kerusi, memang malu," katanya.

"Keadaan saya semakin stabil. Saya hanya dirawat satu malam sahaja selepas doktor panel di Sri Pentas mencadangkan saya dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

"Saya keluar hospital, jam 10 pagi tadi (semalam). Saya baru tahu tekanan darah saya mencapai bacaan sampai 220 menerusi insiden. Sebelum ini, saya memang tiada penyakit darah tinggi.

"Saya lega keluar awal kerana takut juga. Kita tahu Hospital Sungai Buloh merawat pesakit COVID-19.

"Bimbang pula penyakit lain yang dapat. Alhamdulillah, ujian saringan COVID-19 dibuat di hospital menunjukkan keputusan negatif seperti sehari sebelum hadir ke studio WHI," katanya.

"Saya nak berehat di rumah dahulu. Tak pasti berapa lama, tengok keadaan kesihatan saya nanti," katanya.


No comments

Powered by Blogger.