Siapa Tangmo Nida? Kes Kematiannya mendapat Perhatian Rakyat Malaysia.
Siapa Tangmo Nida? Kes Kematiannya mendapat Perhatian Rakyat Malaysia. Sepanjang minggu ini nama artis dari Thailand ini menjadi sebutan selepas dia disahkan mati lemas ketika jatuh bot. Tangmo Nida sangat terkenal di Thailand dan dia merupakan warga negara Thailand. Di sana dia seri diberi peranan utama dalam drama dan juga filem mereka. Oleh sebab itu, kematiannya menjadi sebutan ramai.
Proses pencarian dan juga mencari bukti kematian nida |
Pertama, Siapa Tangmo Nida?
Nama penuh dia adalah Pataratida Patcharwirapong. Dia dilahirkan pada 13 september 1984. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Tano Pakin Kumwilaisuk pada tahun 2013 tetapi mereka berpisah pada 2015.
Antara drama lakonan Tangmo Nida ini adalah Benja Keta Kwarm Ruk, Oun I Ruk, Sai Ruk Sai Sawaat, Bai Mai Tee Plid Plew dan terbaru Nuer Nai. Pada masa yang sama dia telah mengeluarkan 5 buah album lagu tau.
Kedua, Konspirasi Kematian Tangmo Nida.
Sekitar mengenai kejadian kematian Tangmo ini. Dia bersama dengan 5 orang lakan lain sedang menaiki sebuah bot untuk menjamu selera.
Menurut sumber, disebabkan kekurangan pengalaman dalam mengendalikan bot, Phaiboon (salah seorang dalam bot itu) dilaporkan hilang kawalan dan menyebabkan Nida yang berada di belakang untuk berpaut pada Wisapat kerana bimbang dia akan jatuh ke dalam sungai
Bimbang terjatuh ke dalam sungai, Wisapat memaklumkan dia goyangkan kaki, menyebabkan Nida terjatuh ke sungai hingga paha kanan Nida terkena bilah bot.
Polis akan memanggil kelima-limanya untuk menghadapi pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian dan memberikan kenyataan palsu kepada penyiasat.
Satu lagi sumber yang juga anggota pasukan Polis Wilayah 1 menyiasat kes Nida berkata, Nitas memberikan kenyataan bercanggah mengenai cara bot itu dikendalikan pada malam itu.
Dia adalah satu-satunya saksi yang memberitahu penyiasat bot itu 'tersentak' secara tiba-tiba, menyebabkan Nida terjatuh ke dalam sungai.
Semoga kes ini dapat selesaikan segera demi menuntut keadilan keatas mangsa.
Post a Comment