Sinopsis Drama Sayang Tak dikenang 2022
Sinopsis Drama Sayang Tak dikenang dibintangi pelakon Ruhainies dan Fadlan Hazim. Drama 28 episod ini sedang ditayangkan di TV3. Ia mula ditayangkan pada 4 Mac 2022 yang lalu dan masih dalam waktu tayangan. Sebenarnya, drama ini diadaptasi dari novel tulisan wazrul shah tau. Jom kita sama-sama baca sinopsis drama sayang tak dikenang yang telah kami sediakan ini. Bagi yang terlepas pula, boleh tonton semula di Disney+ ya.
Sinopsis Drama Sayang Tak dikenang 2022
Drama ini mempunyai 28 episod keseluruhannya dan di arahkan oleh Feroz Kader untuk FJ Pictures sdn bhd. Antara pelakon yang terlibat adalah Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Mak Engku Fridah, Shamshul Danish, Mahmud Ali Bashah.
Selain itu, kita juga ada pelakon hebat yang lain seperti Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman, Ainina Ahmad, Jasmine Ashraff, Alif Muhaimin, Sera Melissa, Andy Teh dan Fad Anuar.
Ditambah pula dengan pelakon seperti Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, Kak Girl, Meor Mohd, Mimie Amirah, Faizul Syaharin dan Tengku Tieya Zue menjadikan jalan cerita drama sayang tak dikenang ini menarik untuk di tonton.
Untuk peminat drama!
Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !
Watak-Watak Sayang Tak Dikenang.
Dalam drama ini Fadlan Hazim melakonkan watak sebagai Raqib Tafzani. Manakala Ruhainies sebagai Ayu Izhani dan Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella.
Selain itu, pelakon baru Andy Teh sebagai Erick dan Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia.
Jom baca Sinopsis drama Sayang Tak Dikenang
Drama ini mengisahkan Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny), dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama.
Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami.
Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani.
Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian.
Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya.
Post a Comment