Formula Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Terkini.
Formula Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Terkini. Membeli rumah memang impian semua orang. Termasuklah aku. dari kecil sampai sekarang impian itu tidak pernah hilang atau berkurang. Usaha demi usaha dilakukan agar impian ini menjadi satu kenyataan pada masa hadapan.
Masa aku tengah survey pasal rumah, aku nampak mengenai cara mengira formula kadar faedah pinjaman perumahan. aku yang baru tahu ni, macam terkejut juga kan. yerlah pertama kali dengar.
korang nak tahu apa maksud formula tu? jom sambung baca.
Faktor Permohonan Pinjaman Perumahan Ditolak
Sebenarnya ada banyak sebab yang menyebabkan permohonan anda ditolak. Tapi selalunya puncanya adalah kerana rekod kredit anda yang tidak memuaskan.
Sebenarnya, pihak bank akan merujuk Pusat Sistem Maklumat Rujukan Credit (atau lebih dikenali sebagai CCRIS) untuk mengetahui status kredit dan mengakses Nisbah Khidmat Hutang (DSR) bagi setiap pemohon.
Kalau rekod anda baik, maka bank akan luluskan permohonan anda tu.
Yang Kedua adalah HUTANG YANG MELEBIHI PENDAPATAN.
Setiap pemohon perlu pastikan nisbah hutang mereka dan juga nilai pendapatan mereka berada di kategori stabil jika nak permohoanan pinjaman diluluskan.
Kalau nisbah hutang sudah melebihi pendapatan. Memang sukar untuk pihak bank meluluskan permohonan anda.
Antara perkara yang dititik beratkan dalam nisbah hutang adalah jumlah komitmen bulanan termasuklah belanja individu, pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain.
Yang ketiga adalah Bankrap
Kalau dah bankrap, anda tidak akan dapat apa-apa jenis pinjaman pun dari pihak bank. Korang tak boleh tipu dengan menyembunyikan fakta bankrap ni. Sebab pihak bank akan buat semakan terus melalui ccris dan ctos untuk mengetahui keadaan kewangan korang.
Yang keempat adalah Pendapatan tidak stabil.
Untuk fakta atau point ini agak berbeza dengan hutang melebihi pendapatan. tanda anda tidak mempunyai pendapatan yang stabil adalah anda bekerja dengan status kontrak atau sementara.
Bila bank nampak status pekerjaan anda ini, mereka akan anggap yang anda mempunyai pendapatan yang tidak stabil.
bila jadi macam tu, bank memang susah nak bagi pinjaman. sebab itu juga selalunya, bank akan minta slip gaji sebelum meluluskan apa-apa permohonan.
Yang kelima adalah Dokumen yang tak sempurna.
Perkara ini juga selalu terjadi kepada pemohon yang menghantar permohonan namun tidak melengkapkan dokumen yang diperlukan.
Jadi macam mana bank nak luluskan permohonan anda betul tak?
Perkara Wajib Anda TAHU Sebelum Mohon Pinjaman perumahan.
Anda tahu, bank akan beri pinjaman kepada anda dengan nilai 90% dari harga rumah itu. Maksudnya anda perlu bayar sendiri 10% sebagai wang pendahuluan dengan duit anda sendiri.
Nisbah ini juga boleh mencecah sehingan 70 % dari harga properti rumah anda tersebut.
Yang kedua adalah Kadar faedah pinjaman. Perkara ini ada dua iaitu faedah tetap atau berubah-rubah. Kalau faedah tetap maksudnya kadar peratusan pinjaman yang telah ditetapkan oleh pihak bank dan tidak akan berubah sepanjang tempoh pinjaman.
Faedah beruubah-ubah pula adalah Ia ditentukan oleh Kadar Asas (BR) yang mempengaruhi Kadar Pinjaman Berkesan (BLR).
FAKTA TAMBAHAN
Ada banyak perkara yang mempengaruhi kadar faedah pinjaman rumah yang diberikan oleh pihak bank. antaranya adalah
- Jenis pinjaman perumahan
- Tempoh pinjaman
- Margin pembiayaan
- Jenis hartanah
- Skor kredit anda.
Formula Kadar Faedah Pinjaman Perumahan
Ramai yang tak tahu nak kira kadar faedah pinhaman perumahan sebenarnya. jom kami kongsikan dengan anda di bawah ini.
Formula : Kadar Asas (BR) + 1.25% = XX%
*kadar BR adalah mengikut bank ya!
Contoh pengiraan.
Jadi, kadar faedah tahunan untuk loan rumah anda ialah 3 peratus. Jika loan rumah anda ialah RM380,000 dengan tempoh pinjaman selama 35 tahun, ini bermaksud anda perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM1,464.
RM380,000 x 3% = RM11,400 (jumlah faedah setahun)
RM11,400/12 bulan = RM950
Ini bermaksud, daripada jumlah bayaran bulanan yang dibayar iaitu RM1,464, sebanyak RM950 diperuntukkan untuk faedah manakala baki sebanyak RM514 akan ditolak prinsipal.
Kalau korang nak pakai calculator online, korang boleh gunakan menerusi laman web ini - Pengiraan Kadar pinjaman perumahan.
Pakai kalkulator jer senang. tak yah pening-pening hehe.
Penutup
Akhir sekali, kami harap sangat perkongsian kami mengenai formula kadar faedah pinjaman perumahan ini dapat membantu anda menyelesaikan permasalahan pinjaman rumah anda.
Kami sedia membantu anda jika anda memerlukan.
Post a Comment