Header Ads

Musim Durian Pulau Pinang 2022 Makin Meriah

Setiap tahun, aku kongsikan pasal Musim Durian Pulau Pinang. Untuk tahun 2022 pesta durian semakin Meriah terutamanya di daerah balik pulau. Anda sudah bersedia untuk menawan raja buah ini?


Musim Durian Pulau Pinang 2022 Makin Meriah




Musim Durian Pulau Pinang 2022 Makin Meriah

Pulau pinang memang tidak asing dengan buah durian. Kualiti yang ada pada buahnya menjadi asbab dia di minati ramai. 

Ada yang datang dari jauh semata-mata nak dapatkan durian di sini. 

Aku boleh senaraikan beberapa jenis durian yang ada di kawasan balik pulau ini. Antaranya adalah

1. Musang King.

2. Duri Hitam.

3. Durian Kampung.

4. Durian Susu.

5. Durian Holo.

6. Durian Kawin

dan lain-lain.

Kesemua jenis yang aku ttulis dekat atas ni adalah jenis yang aku dah beli dan terbukti puas hati. Korang nak tahu rasa dia, kenalah cuba sendiri.

Musim durian di pulau pinang selalunya akan berlangsung sekitar 3 ke 4 bulan bermula dari bulan Mei sehingga bulan Ogos.

Ramai yang cakap, kalau nak datang penang makan durian, kena mai masa tengah musim, baru lah banyak durian dan fresh isi dia.

Kalau mai awal sangat, takut tak jadi.

Kalau mai lambat sangat, nanti takut dah busuk walaupun baru jatuh dari pokok.

Jadi, memang banyak petua kalau nak cuba makan durian ni. Akhirs sekali, korang kena datang cuba sendiri durian balik pulau yang baru saja mula musim durian di negeri pulau pinang ni.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.