Header Ads

Netizen Puji Budak ini kerana Guna Duit Simpanan sendiri

Netizen Puji Budak ini kerana Guna Duit Simpanan sendiri. itulah sebuah video yang dimuat naik oleh kakak kepada Mohammad Azraei Iddzzulzafran Abd Jalil yang berusia tujuh tahun.

Video 30 saat itu menceritakan bagaimana Azraei yang masih kecil menunjukkan tabung miliknya kepada kakaknya bernama Nur Anisha Irwayu yang berusia 24 tahun.

Netizen Puji Budak ini kerana Guna Duit Simpanan sendiri


"Ni kak Sha, nak buat beli kereta 'pasar nita'. Tak jadi (beli basikal), lambat gohek (go ahead)," ceritanya.

Kakak ketiganya pula berkata adiknya itu lebih suka menyimpan duit yang diberikan kepadanya berbanding meminta dengan ibu ayahnya.

Kecuali kalau tak cukup duit, barulah dia meminta dengan kedua orang tuanya itu

bercakap kepada mstar, kakak ketiganya itu berkata;

"Dia lebih suka mengumpul duit yang diberikan kepadanya berbanding meminta daripada ibu atau ayah... apabila tak cukup, baru dia akan minta," ceritanya ketika dihubungi mStar.


"Basikal lama dia dah rosak, jadi dia simpan duit untuk beli basikal baru.

"Kira-kira dua bulan menabung, dia dihadiahkan basikal oleh kakak pada penghujung Disember tahun lepas.

"Kakak kedua memang selalu memanjakan dia. Masa tu, dia buat panggilan video dengan kakak dan cerita yang dia kumpul duit untuk beli basikal," ujar anak jati Bukit Payong, Terengganu itu.

Katanya, pada masa itu kakak dalam perjalanan pulang ke kampung dari Kuantan, Pahang.

"Apabila kakak sampai di rumah, dia minta adik ambilkan barang dari dalam kereta.

"Masa tu adik sangat terkejut sebab nampak basikal yang diinginkan ada dalam tu," katanya lagi.


Video yang dikongsikannya itu ditonton lebih 1.1 juta pelayar TikTok selain mendapat kira-kira 73,000 tanda suka.


No comments

Powered by Blogger.