Header Ads

Perbezaan Touch N Go Lama dan Baru

Apa beza Kad touch an go lama dan yang baru ? itu mungkin persoalan  yang timbul apabila pihak Tng mereka mengeluarkan kad baru yang lebih baik berbanding kad yang lama.


Perbezaan Touch N Go Lama dan Baru



Perbezaan Touch N Go Lama dan Baru


Aku pun terfikir perlu ke tukar kad tng lagi sebab baru jer aku buat kad ni sebab kad hilang. Jawapannya adalah PERLU kalau korang nak senang dengan ciri-ciri baru yang ada pada kad tersebut.

Jom kita tengok beza yang lama dan baru.

Kad Touch ‘n Go edisi klasikKad Touch ‘n Go yang dinaik taraf
dengan teknologi NFC
1. Bayaran tol

2. Tambang Keretapi & bas

3. Pembayaran di kedai

4. Parkir
1. Bayaran tol

2. Tambang Keretapi & bas

3. Pembayaran di kedai

4. Parkir

5. Semak baki melalui eWallet

6. Tambah nilai menggunakan baki eWallet

7. Beli melalui eWallet
Pendek kata, kad baru ada ciri NFC yang memudahkan korang untuk top up kad korang tu. berbanding macam sekarang ni, korang tak boleh top up pakai e wallet.

Korang kena pergi Petronas lah, Seven Eleven dan sebagainya untuk top up kredit korang.

Dengan ciri baru ini sangat membantu dan memudahkan kerja kita sebagai pengguna.

Cara beli kad touch n go baru.


Bagi korang yang nak cuba beli kad baru ini, ada dua cara untuk dicuba.

1. Secara Manual.

Korang boleh pergi dekat station minyak terpilih untuk membeli kad yang baru ini.

2. Secara Online.

Korang boleh sahaja buat pembelian menerusi applikasi Touch N Go ewallet korang. Pastikan handphone korang ada ciri-ciri NFC tu tau!

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.