Header Ads

Sinopsis Filem KKN Desa Penari, Pergi Berenam, Pulang Berempat.

Sebuah filem Indonesia KKN Desa Penari yang menceritakan mengenai pengalaman sebenar mahasiswa yang ke kampung di pendalaman untuk menyelesaikan tugasan akhir mereka.

Sejak beberapa minggu ini, filem KKN atau nama panjangnya adalah Kuliyah Kerja Nyata di Desa Penari ini menjadi viral. Ia bermula dari tweet sekitar tahun 2019 yang dijadikan sebuah filem tontonan umum.

Sinopsis Filem KKN Desa Penari, Pergi Berenam, Pulang Berempat.


Sinopsis Filem KKN Desa Penari, Pergi Berenam, Pulang Berempat.

Filem ini mengisahkan tetang 6 orang mahasiswa yang melakukan FYP di sebuah desa bernama desa penari. Padamulanya mereka sepatutnya pergi beramai-ramai tetapi pada hari kejadian, hanya 6 orang sahaja yang dapat ke sana. 

Keenam mahasiswa itu bernama Nur dilakonkan oleh Tissa Biani, Widya (Adinda Thomas), Ayu (Aghniny Haque), Bima (Achmad Megantara), Anton (Calvin Jeremy), dan Wahyu (Fajar Nugraha).

Kalau dalam filem, korang akan nampak yang pada awalnya 6 orang pelajar ini tiada masalah ketika berada di sana tetapi selepas beberapa ketika, perkara misitk mula berlaku.

Kisah pertama bermula apabila Nur yang merasa meremang seakan ada perkara mistik. Kemudia Widya pula dirasuk dan dia mula menari.

Bima pula melakukan perkara pelik seperti dia diam-diam pergi ke tempat lain yang jauh dari tempat mereka tinggal.

Kemudian Ayu pula dirasuk sehingga dia tidak dapat berhenti menari.

Satu hari, Nur dirasuk oleh roh seorang nenek. Roh itu mendakwa yang salah satu dari mereka telah melanggar peraturan di desa berkenaan.

Sebab itulah banyak kejadian aneh dan mistik berlaku. Keadaan berlarutan sehinggalah mereka terpaksa menamatkan program KKN berkenaan.

Nak tahu siapa yang tinggal? korang kenalah tonton filem ini dipawagam tau.

Info Filem

KKN Desa Penari ini diarahkan oleh Awi Suryadi untuk produksi MD Pictures. Sebenarnya filem ini sepatutnya ditayangkan lebih awal tetapi disebabkan covid, jadi ditunda tayangannya.

Tarikh mula tayangannya adalah pada 30 April 2022 yang lalu. Korang boleh menonton di pawagam berdekatan anda.

Selamat menonton.

No comments

Powered by Blogger.